RSS

Tuesday 20 March 2012

Sarapan Pagi!


Assalammualaikum dan salam sejahtera!


Awal pagi biasanya apa kita akan lakukan? Rutinnya, pengisian jasad dilaksanakan terlebih dahulu. Bangun pagi, mandi,pakai baju, sarapan pagi kemudian turun kerja/ke sekolah/ sebagainya. Itu badaniahnya. Yang batiniahnya pula bagaimana?. Roh. Roh kita sudah 'bangun' ke tak?. Pentingnya pengisian rohaniah dalam kehidupan. Semuanya bermula saat kita mencerlangkan mata, sehinggalah kita menutupkan mata (tidur malam).


Pernah dengar?

Permulaan hari yang baik akan menceriakan seluruh hari tersebut. Seandainya hari di mulakan dengan jiwa yang tidak menyenangkan sudah pasti akan menyuramkan hari yang bakal dilalui. Sebaik sahaja mata terbuka, jom,tersenyum sendiri untuk seketika. Itulah amalan yang biasannya dilakukan hari-hari. Yakinlah, hari yang dimulakan dengan senyuman akan menjadikan diri kita bersemangat untuk memulakan kehidupan. Rugi kiranya membiarakan hari-hari yang ada dipenuhi dengan agenda kehidupan yang suram.
p/s : Jangan lupa amalkan doa-doa harian dalam kehidupan kita.


0 ulasan: