RSS

Thursday 5 April 2012

bUKU HiTaM

Assalammualaikum,

Menari lagi jemari ku di ruangan ilham. Susur galur curahan anugerah Illahi.
Setiap aksara , ada maknanya.
Setiap maknanya, membawa pengertian.
Dan setiap pengertian, ia hidup!

Ku titip satu kisah sekadar renungan.

"Bapak kau bisu!"
"Bapak kau pekak!"
"Pengotor!"

Aku menoleh suara sumbang itu. Dahiku berkerut seribu. Seorang gadis , muda belia, ; tertunduk malu. Ingin sahaja aku menghampiri. Namun, langkahku tidak bermaya. Namun, hati ini mulai tertarik. Pengertian rasa yang mulai tersentuh.

Gadis itu meneruskan langkah nan longlai. Cuba menepis tohmahan yang menggores luka itu. Ah, luka! Maya dalam hati. Tak akan siapa yang mungkin mengerti. Hangat kelopak mataku tatkala melihat sebutir mutiara jernih melalui pipi gebu gadis itu. Ya Allah, beri tabah padanya. Semoga ejekan dan hinaan itu merupak tarbiyah untuknya agar lebih dewasa melalui kenyataan.

Kaki ku mengikut jejak langkah si gadis. Entah mengapa. Amatlah tertarik aku pada kisahnya. Dia tidak menyedari akan kehadiran. Cukuplah aku memerhati. Nanti, bila ada masa yang sesuai, akan ku dekati jua. Kasihan dia. Si gadis duduk di bawah pohon ketapang. Ada bangku panjang tersedia di situ. Tangannya mengeluarkan sebuah buku didalam beg sekolahnya. Buku berwarna hitam. Dia mencoret sesuatu. Penuh kusyuk dan penghayatan. Sehingga jelas ku lihat, ada derita di sebalik lindungan hatinya yang dia tidak mampu untuk berkongsi dengan siapa-siapa dan hanya dia , Allah sahaja yang tahu.

Mengalir lagi mutiara jernih dipipinya..

Sebak hatiku. Namun, ku gagahai hati untuk terus memerhati dari jauh.
Usai menulis, si gadis termenung panjang. Buku hitamnya di selitkan dalam beg yang belum di zipkan. Tidak lama selepas itu, dia berlalu pergi. Melangkah dalam terpaksa.

Buku hitam!

Ia terjatuh dari beg. Tanpa Si gadis sedari pun. Berlari-lari anak aku menghampiri. Mengutip buku hitam yang menyungkur lantai bumi. Belum sempat aku memanggil, si gadis telah lesap ditelan perut bas sekolah.
Aku mengeluh hampa. Buku hitam itu aku renung dalam-dalam. Tanpa izin, mungkis silapku..Aku membuka buku hitam itu. Satu coret hati penuh airmata menghujani buku hitam tersebut.

"Ayu mahu ada bapa yang boleh mendengar rintih hati Ayu,
Ayu mahu ada bapa yang boleh memberi nasihat tatkala jiwa ini di hurung duka,
Ayu mahu berbual-bual dengan bapa,
Bicara dari hati ke hati.."

"Bapak bisu. Bapak pekak!. Macam mana hendak berbual dengan ku? Bagaimana hendak mendengar rintih hati ku?
"Bapak mengongkong aku sangat. Bapak melarang aku keluar dengan teman lelakiku.
Bapak dipandang hina dan keji!

Tersentap dadaku pabila terbaca akan kenyataan itu. Aku beristighfar untuk berberpa kali. sebagai meredakan jiwa yang kian terganggu. Ya Allah.. Bapak sendiri hendak di cela? Bapak sendiri dopandang rendah? Bukankah itu anugerah?. Bukti kekuasaan MU?. Tanda keistimewaan. Aku mengutuk sendiri. Namun, aku teruskan jua pembacaan ku.

"Bapak, Ayu tertekan. Di sekolah, rakan-rakan mengejek Ayu. Mereka tulis di papan hitam, "Anak si bisu". Ayu malu. Ayu menangis, namun, Ayu tidak tahu hendak luahkan pada siapa. Ayu rindukan arwah emak. Kalaulah emak masih hidup..."

"Bapak, Wazir menyindir Ayu, "Bapak sayang bisu rupanya. Patutulah macam orang bodoh". Ayu sedih. Kenapa bapak datang jemput Ayu malam tu?. Ayu bukan sahaja diputuskan oleh Wazir, malah, Wazir telah mengutuk Ayu. Bapak tahu? Betapa sakitnya Ayu rasakan sekarang?. Bapak tahu? Ayu tension!!"
Ayu dah tak sanggup lagi hidup macam ni. Ayu menderita kerana asyik kena kutuk dan dicaci. Asyik disakiti. Ayu tak tahan. Ayu rasa hendak mati saja, pak!. Buat apa Ayu hidup kalau punyai bapak yang pekak dan bisu?. Ayu tak mahu di ejek lagi. Ayu malu!"

Aku menitiskan air mata. Sungguh...sungguh aku tidak menyangka!. Mungkin, Ayu sudah terlalu tertekan, sehingga dia tidak mampu untuk berfikir waras. Suatu dosa besar apabila menyakiti hati orang tua. Ya Allah, Ayu perlukan bimbingan dan petunjuk MU. Selamatkanlah dia daripada perkara yang tidak diingini. Dia masih terlalu muda untuk menjerat dirinya kelembah yang boleh menjahanamkan dia. Janganlah biarkan dia tersasar dari landasanMU.

Dalam hatiku menggerutu kecewa dengan sikap Ayu, ianya tetap terpalit sedikit sebak. Sebak menyaksikan senario dunia yang pelbagai ragam. Hilang jati diri sehingga sanggup berceloteh benda yang bukan-bukan. Apalah sangat kuasanya manusia sehingga sanggup menjatuhkan hukum pada insan lain? Astaghfirullah. Manusia akhir zaman!

Aku bertekad, esok aku akan serahkan  buku hitam itu kepada Ayu. Ada alamat rumah Ayu yang tertera di kulit buku hitam tersebut. Aku berazam, bila sahaja aku dapat menyerahkan buku tersebut, terlebih dahulu, aku hendak meminta maaf pada Ayu sebab membuka buku hitam itu tanpa izin. Semoga aku dapat memberi sebarang dua patah kata nasihat pada Ayu.

Esoknya..

Aku memakirkan kereta ku dihadapan sebuah rumah yang kelihatan agak kecil dan sempit. Aku rasa, alamat ini betul dan tepat. Belum pun sempat aku memberi salam, seseorang melulu keluar dari rumah tersebut dengan wajah yang agak cemas. Dia menghampiriku sambil tergopoh-gopoh dalam bahasa isyaratnya. Aku tidak faham. Namun, jelas terpamer rasa cemas di raut wajah berkerut lelaki itu. Ku kira, itu bapaknya Si Ayu.
"Kenapa ni, pak cik?" Tanya ku mulai cemas.
 Bapak Ayu masih lagi berbahasa isyarat sambil menunjukkan kedalam rumahnya. Tanpa membuang masa, aku pun masuk kedalam rumah tersebut. Bapak Ayu sudah melulu masuk kerumah.Belum sempat aku membuka sepatuku, aku lihat bapak Ayu sudah memapah badan longlai Ayu dengan tangisan teresak-esak. Aku kaget!. Lengan Ayu dikelar! Ya Allah....
Kami melulu memboloskan diri kedalam kereta. Ya Allah, selamatkanlah Ayu. Dalm rasa kasihanku, aku megutuk keras perbuatan tidak bermoral Ayu. Ayu mengelar tangan sendiri! Ayu cuba hendak membunuh diri sendiri!

Di Hospital.
"Doktor, tolonglah selamatkan anak saya. Itu sahaja satu-satunya anak yang saya ada , Doktor. Berapa sahaja bayarannya, saya akan ikhtiarkan. Tolonglah doktor. Buatlah apa sahaja asalkan anak saya selamat (Dlaam bahasa Isyarat)"
Ada airmata mermbes diwajah tuanya. Ya Allah, kasih sayang seorang ayah..mengapa si anak lansung tidak hargai?.
"Pak cik, Ayu sudah terlalu banyak kehilangan darah. Kami perlukan penderma untuk menyelamatkan Ayu."
"Ambillah darah saya, doktor. Asalkan anak saya selamat."(Dalam bahasa Isyarat)
"Darah yang kami perlukan mempunyai kuantiti yang banyak, Pak cik. Saya khuatir. Ianya amat berbahaya untuk pak cik."
" Saya mahu dermakan darah saya!. Tolonglah. Keselamatan saya, itu tidak penting. Asalkan anak saya selamat!"(Dlam bahasa isyarat)

Meski aku kurang faham, namun akau dapat membaca akan kekhuatiran abpak Ayu.Tersentap hatiku mendengar pengakuakn bapak Ayu. Pengorbanannya terlalu besar. Dan, ianya boleh membahayakan nyawanya sendiri. Allah, tingginya pengorbanan seorang ayah yang sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Namun, sebaliknya tidak bagi si anak. Dunia...

Satu jam kemudian..
Aku menguak pintu bilik wad yang telah menempatkan Ayu dan bapaknya. Mereka ditempatkan pada katil yang bersebelahan. Aku melihat, Ayu sudahpun terjaga. Cuma, bapaknya masih kaku terbaring dengan bantuan kiub oksigen dan sedkit air tercucuk di rongga hidung dan pergelangan urat nadinya. Bapak kelihatn lemah. Menitis airmataku. Ya Allah, inilah hikmahnya. Engkau telah mengaturkan perancangan yang cukup sempurna untuk kejadian ini. Subhanallah.
Ayu menggenggam jemari sejuk bapaknya. Matanya sudah basah dek air mata.
"Ampunkan , Ayu bapak. Ayu berdosa pada bapak. Ayu anak yang jahat. Ayu anak yang tak berguna. Ayu bodoh, pak. Ampunkanlah Ayu... Mafkan khilaf Ayu. Ya Allah, aku bodoh dan hina. Selamatkanlah bapak. Pengorbanan bapak padaku teramat besar. Bapak...sedarlah. Bila bapak sedar, Ayu berjanji Ayu akan jaga bapak. Ayu tak akan malu lagi. Ayu akan lindungi bapak. Ayu akan bersama bapak untuk selamanya. Ampukan Ayu..Sedarlah, pak...."

Sayu hatiku. Namun, aku memanjatkan seribu kesyukuran diatas apayang telah berlaku. Hikmah yang cukup nyata. Pengertian yang Maha Jelas. Jangan disangkal! Ya Allah, semua yang terjadi atas kehendaMU. Semoga selepas ini, Ayu lebih tabah menghadapi hidup. Aku yakin, Ayu sudah sedar akan segala khilafnya. Syukur Alhamdulillah.

Buku hitam ini, kunci pada kisah hidup Ayu dan bapaknya. Aku tinggalkan pada kaunter hospital. Nanti, mereka akan serahkan pada Ayu. Tidak usahlah Ayu mengenali ku. Ku yakin, suatu hari nanti, Allah akan pertemukan kami dalam lembayumg ukhwah yang Allah redhai. InsyaAllah.



"AKU MALU PUNYAI BAPAK YANG PEKAK DAN BISU..!"



P/S :: ..Semoga Ayu lebih dewasa dalam hidup. Semoga Allah bagi petunjuk padanya. Ikhlas kasih, untuk Ayu, si Buku Hitam..

0 ulasan: