RSS

Friday 14 December 2012

Alam Baru (Dalam coretan sebagai Isteri)

Assalammualaikum....

Alhamdulillah..
dalam bening seri wajah di balik kedusung ungu
aku tersenyum syahdu menahan sendu dalam qalbu.

30 November 2012 bersamaan 16 Muharram 1434H
terlafasnya ijab dan kabul dari bibir kekasih
yakni Zauj yang bakal menjadi pemimpinku
melindungiku , menjagaku dan mengambil alih tugas ibu bapaku

Titis airmata
saksi pada jiwa nan bahagia..
Saat ini ku tunggu setelah sekian lama
dalam anyaman kasih dan cinta sebagai kekasih..
Bila terlafas "AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN MAHAR YANG TERSEBUT"
tumbah berderai airmataku.

Aku rebah dalam rangkulan Ibu,
Aku hanyut dalam dakapan Ayah..

Pesan Ibu,
Jadilah Isteri solehah
turuti kemahuan dan kehendaknya
Jangan sesekali derhakai Suami.

Lalu,
Pesan ayah..
Jadilah Isteri yang selalu membuat suaminya gembira,
Tolong menolonglah kalian dalam segala hal,
Suami lengkapi Isteri, Isteri lengkapi Suami..
Ingat!
Syurgamu terletak dibawah kaki suamimu..

Allah..Allah..Allah..
Terkunci mulutku, namun hatiku petah berbicara dalam melankolik cinta
Ayah..Ibu..Budi dan jasa kalian tak termampu utuk ku balas
Amat besar dan amat tinggi kasih sayang kalian padaku
Cuma mampu berdoa akan kesejahteraan..
kasih sayang itu tetap seperti dahulu..

Duhai Suamiku sayang..
Terima kasih kerana ikatkan aku dalam ikatan yang halal dan diredhai
Terima Kasih kerana menjadi "Super" dalam hidupku..
Semoga rumahtangga yang kita bina ini akan tetap dalam naugan Illahi
Akan tetap dalam redha dan rahmat Rabul I'zzati.
Untuk saat ini
hari ini
esok
lusa
dan
selama-lamanya..
Hingga ke Syurga..





















0 ulasan: