RSS

Monday 31 December 2012

Tahun Baru Azam Baru

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. 30/12/2012. Penghujung tahun 2012. Otak karang nih tengah jem..banyak idea ngah berasak-asak dalam pala hotak aku nih. Tapi... *tarik nafas siket...hmmmhhhh...hembus pelan-pelan. Alhamdulillah.

Bila hujung tahun camni kan, ramai yang buat azam baru dan tinjau-tinjau semula azam tahun ni yang dah sampai, berjaya, or kecundang. Bagi aku, aku dah buat azam baru pada Awal Muharram bulan lepas. ngeeee... Alhamdulillah. Rasa guna kalendar islam, taun hijrah lagi best rasanya.

Bila cerita pasal azam...
Azam aku, banyak.. Alhamdulillah. Ada yang sampai, ada yang tidak. Tapi, tahun nih, Allah bagi sesuatu yang paling bermakna dalam hidup aku. Angkatkan aku darjat sebagai seorang isteri. Itu anugerah yang paling indah. Sampai sekarang ni pun...ngah lepak-lepak, dok muhasabah ngan suami pas solat, salu cakap ngan suami, macam tak percaya je kita dah jadi suami isteri. hahahha... Apa taknya, dah terlampau lama menyimpan kasih dan sayang, rindu dan cinta.. Akhirnya, kami disatukan jua. Untuk mencapai tahap penyatuan ni, memang rasa tak mudah. Sebelum diijab kabulkan, kami di landa badai gelora yang sangat dahsyat. Tika tu, aku hanya berpegang teguh hanya pada secubit cinta yang membekas di hati. Hampir ku lontar jauh. Hampir ku buang segala rasa. Pun begitu, sekuat mana aku pergi menjauhkan diri, pergi membawa hati, tika jodoh kian menghampiri, apakah lagi daya ku?

Aku dirisik tika air mata belum kering di pipi. Aku d lamar, dan di sarungkan cincin di jari, tika hati masih berbalut luka. Namun, jodoh itu terasa kuat sehingga tak termampu untuk ku tepis. Allah...ini lah jalan yang terbaik yang Kau hadiahkan padaku. Ku percaya Ya Allah.. nikmat di sebalik kesabaran itu tetap ada. Dan, aku merasa nikmatnya sekarang setelah kesabaranku hampir beada di baluarti langit, puncak ancala. Allah...Allah...Allah...menitis airmata ku bila terkenangkan saat terlafasnya kalimah suci itu dari mulut seorang lelaki yang sungguh aku sayangi. Syukur yang tidak terhingga..

Ngeeee...Emo jer lebih!

Orite, sambung kisah. Azam yang melepas?? tak sampai?? errrr...rasanyaaaa...hahahaha...keep secret! Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Pun begitu, apa yang Allah dah kurnikan untukku sepanjang tahun ni pun dah memadai buatku. Aku tak minta apa-apa. Tka mengharap apa, agar... APABILA BERTAMBAHNYA UMURKU, BERTAMBAH JUA LAH IBADAHKU PADA ALLAH. InsyaAllah..

Tak nak cakap banyak..

tu jer..

Selamat Tahun Baru..2013 kepada semua.

Garap azam dalam kanvas yakin. Dengan pena semangat yang tinggi. InsyaAllah, hasilnya pasti membanggakan. Bertawakallah...

0 ulasan: