RSS

Monday 4 February 2013

Bangau Oh Bangau


Assalammualaikum,
Pernah dengar lagu bangau oh bangau?? Nak aku nyanyi tak??
Jom nyanyi sama-sama..
Ta der muzik tau. Huhuhu...
Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan, mengapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput, mengapa engkau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau, mengapa kau panjang sangat?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.

Perut oh perut, mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.

Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, Kayu api basah.

Kayu oh kayu, mengapa engkau basah?
macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.

Hujan oh hujan, mengapa kau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.

Katak oh katak, mengapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.

Ular oh ular, mengapa kau nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG DAH MAKANAN AKU.

Seronok, nyanyi??...hahahhaa....

Ok. Kenapa aku bangkitkan lagu bangau oh bangau ni?
Ada banyak sebab. Dan, ada banyak jugak musabab nya. Bukan suka-suka.. tapi, kisah lagu ni adalah saling berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Macam sebuah kitaran, dan untaian kehidupan.

Point of view nya sekarang..
Aku nak ketengahkan, MENGAPA KITA ASYIK MEYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN?
Banyak skop yang kita pandang dalam isu ni. Tapi, aku nak fokuskan satu isu jer.. iaitu ...love.

.
(Topik hot la sangat...)

Cinta itu fitrah. Cinta itu anugerah. Cinta itu indah. Cinta itu asyik. Cinta itu bahagia. Cinta itu kewajipan. Cinta itu tanggungjawab....bla...bla..bla...

Dan,

Cinta itu menyakitkan. Cinta itu bala. Cinta itu benci. Cinta itu musuh. Cinta itu monyet. Cinta itu main-main. Cinta itu mustahil. Cinta itu dendam. Cinta itu kecewa. Cinta itu air mata. Cinta itu jahanam. Cinta itu bodoh.....bla..bla...bla...

kenapa??

Point aku yang seterusnya...

Masa bercinta indah semua kan? Lautan api sanggup ku renangi. Gunung ganang sangup ku daki. Hutan rimba sanggup ku redah.

Kentut ... harum. pijak semut tak mati. Sanggup berkorban apa sahaja. Segala keinginan dan kehendak, dituruti. Nak berkepit, 24 jam. Nak mesej, tiap saat..masuk jamban pun dilaporkan.

Tapi....
KeBAAAAAAboooooommmm!!!
Praaakkkkk!!!!!

Bunyi handpone terpelanting kat dinding.
Bingkai gambar dengan si dia menyembah bumi.

Jahanam!
Pergi mampuslah!
Dan...bla...bla...blaaa....

Bagai satu fenomena.... kan??

Bila dah putus cinta, segala keburukkan, aib dan apa sahaja yang jahat-jahat, bagai bom menghentak pangkal hati. Mula lah, si dara menyalahkan si teruna. Si teruna menyalahkan si dara. Inilah yang aku hendak sampaikan...Bangau oh bangau!

 Masa bercinta, sibuk update fb, tweeter, instagram, flicker, my space... pasal indahnya bercinta. Bagai dunia ini kita yang punya. Hanya aku dan kau. Di hujani hujan bunga. Berlantaikan tanah yang berwarna-warni.. alaaaa...pendek kata, semuanya indah. kadang-kadang, ada jugak yang tega, upload gambar( Aib sendiri) di medan maya. Pas tu banyak yang like. Banyak yang komen. Tak kurang ada yang memuji. Bagi muslimin dan muslimah, post ayat cita berunsurkan islamik. Sedangkan, belum halal dan belum di cop sah lagi. Macam confirm je dia  milik kita.Tega...tega... Itu lah....manusia... Dan, aku jugak manusia. Yang sering membuat kesalahan. Pernah jatuh cinta. Pernah kecewa. Pernah salah langkah. Pernah silap percaturan. Manusia, memang keupayaannya adalah terhad. Dan, tak akan selamanya sempurna.


Tapi...Tapi...
Bila putus cinta. Macam berkabung  jer. Di medan maya macam kena ribut tsunami. Post ayat putus asa. Post ayat kecewa. Post lagu jiwang. Macam dunia ni nak kiamat. Macam dah tak da lagi perjalanan. Macam temui jalan mati. Macam tak nampak masa depan.Dan, macam2lah..Tapi, Tak bermakna aku salahkan mereka 100%. Aku pun faham bah, macamna rasanya tertekan. Perlukan something untuk luahkan masalah. Sekurang-kurangnya, boleh meringan beban kan? . Tapi, ikut logik akal kita lah...apa faedah yg kita dapat hasil daripada curahan hati di medan maya ataupun pada seseorang?. Memangla...puas hati. Ringan beban. Tapi, kita sedar tak satu perkara?. Yang sebenarnya, kita sedang membuka aib sendiri. Membuka pekung di dada sendiri. Sedangkan, dalam islam, sudah di syariatkan, tempat yang paling sesuai untuk meminta pertolongan, meluah masalah, meredakan kekecewaan adalah hanya pada ALLAH. HANYA ALLAH. CUMA ALLAH. Ada banyak cara, solat. Doa. Zikir. Istighfar. Baca A-Quran. Itulah kunci ketenangan hidup. Kalau rasa nak meluah jugak dengan manusia, carilah teman rapat yang boleh dipercayai. Lebih baik, ibu bapa kita sendiri ataupun adik beradik. Jangan sebarang hentam sahaja melepaskan tekanan. Nanti, merosak diri.
                                                                                                                      
“ Lelaki.Jangan mudah pcaya sangat. Mulut manis. Masa berkempen nak kan kita, semuanya nak good-good jer. Semut pun tak mati di pijak. Tapi, bila dah break off, haram jadah kau!.Mata keranjang!”

“Betina. Eleh, harap muka jer cantik. Ingat good-good la sangat. Tapi mata keranjang. Pantang tengok jantan lebih lagi dar kita, mula la meroyan. Nanti, salahkan aku tak layan kau!”

Haaaa...kan, dah jadi bangau oh bangau!

Kenapa masa bercinta, kita tak selidik dulu? tak fikir dulu? Dah terhantuk baru terngadah. Itulah manusia!

Jangan....elakkan perkara ni terjadi dan terus menjadi fenomena dalam kehidupan kita. Jangan salahkan sesiapa. Check dulu diri kita macam mana. Scan dulu sikap kita macam mana. Muhasabah itu perlu. Kenapa jadi begini?. kenapa dia berubah? Kenapa perlu bertemu andai perpisahan yang berlaku? Kenapa ada orang ketiga? Aku dah buat yang terbaik dan jaga perhubungan ini dengan sungguh-sungguh, tapi, kenapa dia tinggalkan aku?. Aku setia, kenapa dia curang?
Aku lebih baik dan lebih cantik daripada perempuan/lelaki tu, tapi, kenapa dia pilih jugak lelaki/perempuan itu? Salahkah aku? Semua ini salah dia.

Persoalan sebegini boleh melemahkan semangat diri kita sebenarnya. Tapi, kalau kita pandang dari perspektif lain...itulah muhasabah. Cari gali punca, huraikan sebab...InsyaAllah...kita akan temui hikmah yang terselit di dalamnya. Mungkin, silap kita terlalu mengongkong. Mungkin bukan jodoh. Mungkin sudah ketentuan. Mungkin, Allah dah sediakan yang lebih baik daripada dia untuk kita. Mungkin, kita terlalu ego. Dia silap sedikit, kita perbesarkan masalah. Mungkin, kita tak luangkan perhatian dan kasih sayang kita padanya. Mungkin kurang memahami. Mungkin juga kurang kepercayaan. Mungkin, terlalu kuat cemburu.  Mungkin, terlalu suka bersangka buruk. Dan yang pasti....setiap yang berlaku itu adalah ujian. Allah bagi kita peringatan dalam pelbagai bentuk. Pelbagai cara. Terpulang pada kita lagi hendak menerima semua tu. Untuk Tabah ataupun sebaliknya. Allah kurnia kita akal untuk menilai, hati untuk merasa dan iman untuk berfikiran waras. Tapi, adakah kita gunakan anugerah itu dengan sebaiknya?


Kembali pada Allah. Dan , iman itu yazid wa yankus. Iman itu bertambah dan berkurang. Sesungguhnya  Allah itu memandang usaha kita. Allah galakkan kita berusaha. Dan, jalan yang terbaik ketika berusaha adalah bersabar. Pernahkah kita memandang bahawa, setiap apa yang berlaku kepada kita tu, adalah satu didikan daripada Allah untuk hati dan diri kita? Kalau kita tak di kecewakan, kita tak akan rasa bagaimana sakitnya bercinta. Dan, jikalau kita tidak bercinta, bagaimana kita nak rasa sakitnya kecewa?. Dari itu, timbul pengalaman dan pengajaran supaya di masa akan datang kita lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih.

“ Hatta satu tusukan duri itu juga sebagai kaffarah dosa. Tidak akan dibebankan seseorang hamba melainkan atas kemampuannya”

“Jika anda tidak pernah merasa kegagalan, itu ertinya anda belum mengetahui erti sebuah keberhasilan”
“ Ketika kamu berharap yang terbaik tapi, kamu hanya dapat yang biasa, bersyukurlah kerana kamu bukan yang terburuk.”
Jangan salahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Dalam setandan pisang, tak semuanya buruk. Jangan kerana kecewa terhadap lelaki/ perempuan, kita menyamakan semuanya adalah sama sahaja. Jangan hanya pandang keburukkannya, pandanglah jua kebaikkannya walaupun sedikit.  Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga . Jangan menunding jari kearah orang lain di atas kesilapan yang kita sendiri belum pasti. Elakkan lah terjadinya fenomena bangau oh bangau.
SEGALANYA ADALAH BERBALIK PADA DIRI KITA SENDIRI. Pandai kita menjaga, mengawal...insyaAllah..Allah permudahkan. Serahkan segalanya kepada Allah. Jodoh, pertemuan itu sudah di tentukan. Cepat atau lambat, hanya DIA yang tahu. Kalau sudah terlanjur mencintai, mulakan langkah yang seterusnya dengan menghalalkan rasa itu. Jangan wujudkan dendam. Jangan apikan kemarahan. Jangan terbitkan putus asa. Cintalah dalam syariat. Bila kita berada di landasan yang betul, insyaAllah, DIA akan tunjukkan jalan untuk kita. Bersangka baiklah dengan setiap ujian dan cubaan daripada-NYA.
....berlayarlah dan temukan muara hikmah di pulau samudera cinta. Waspadalah dari sesat di dalamnya. Semua pelayaran kita tertuju pada suatu muara cinta, iaitu mendapatkan cinta abadi yang ESA...
“Berhatilah-hatilah dalam setiap tindak tanduk dan percakapan. Nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.”
“Kita kehilangan sesuatu yang di sayangi, kita meratapi yang telah pergi, kita menyayangi sesorang, kita tentu akan berpisah dengannya. Kita tak sekuat mana untuk berhadapan dengan ujian. Tetapi, ketahuilah, sesuatu yang terjadi itu adalah dugaan dan mungkin ada kebaikan menanti kita di masa hadapan.”
Bila masa perpisahan itu berlaku kerana Allah, maka yakinlah Allah telah menuliskan yang terbaik untuk kita. Usah terlalu berduka cita kerana Allah takkan menzalimi hambanya. Maka, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolong.

p/s : Aku bercakap melalui pengalaman dan pemerhatian. Lain orang, lain kisah, lain pendapat, lain caranya. Ini pendapat aku. Kalau korang ada pendapat lain, sila-silakan ringankan tangan utk komen entry aku nih.. Apapun, Allah ingatkan kita dalam pelbagai cara. Berfikirlah dan sama-sama renungi.

0 ulasan: