RSS

Thursday 28 February 2013

✿ Blogwalking ✿

Assalammualaikum,
Tak der idea sebenarnya...so that, aku merayau-rayau la kat bog member2 aku. Huhu...Suka hati sangat2 bila baca dan tahu perkembangan deorang walaupun ada yang menyepi daripada fb, tweetet, line, whatsapp, cubie, tagged and so on lah...tapi, deorang aktif berblogging. Alhamdulillah..

Kenapa suka blog?
Ermmm...nak jawap camner yek? Kalau korang ada blog, korang tahu lah, kan?. Bukan sekadar berkongsi pendapat jer. malah, kita boleh memberi pandangan, berkongsi ilmu dsbnya. Kita berblog bukan sekadar untuk meluahkan hati dan perasaan jer ye..Banyaak faedahnya blog, kalau kita tahu camner nak gunakan. Be positif, k? Xsuma yg kita perlu kongsikan, tapi, kita boleh kongsikan pendapat dan pandangan. Lebih-lebih lagi untuk menyumbang kearah dakwah islamiah.

Best ke menulis? Reti ke?. Mana nak dapat idea?
Heh...macam ku cakap tadi an,, kalau yang dah da blog tu, tahu lah...automatik bah benda tu..Kekadang, kita fikir xder idea, bila dah menaip, InsyaAllah...idea datang dengan sendiri. Bagi ku, ku suka baca buku, bahan ilmiah terutamanya, terkadang blogwalking cari idea, cari pendapat, cari ilmu.. Kat situ, kita akan dapat pelbagai idea. Selebihnya, pepandai kite la nak canang bagaimana. Heee...tulis blog pun perlu kreatif dan da minat. Kalau tak da minat tu...tak dapek den nak nolong yo..hikhik.. Yang pasti, bila kita dah berjaya publish idea kita tu kat blog...itulah kepuasan yang owsem,,hhehe..


Suka blog jenis yang macam mana?
Aku?. Ok...ku suka jenis yang santai-santai jek. Yang ringkas, tapi, pengisiannya padat. Yang cute tapi, ilmunya luas. Yang islamik, tapi, berhikmah. Yang menasihati, tapi berhemah.Yang menarik, tapi, berguna...Sangat suka jugak dengan info sihat, penjagaan kulit..hikhik...(walaupunkulit sendiri...blablabla..). Tapi...tapi...paling suka yang berunsur nasihat dan keagamaan. Pengisian rohani bha itu. Ku tahu, ku jahil lagi, pendosa pulak tu. Ku harus top up ilmu setiap masa. InsyaALLAH... Robbi yassir wala tu'assir..

Ok bah...xda idea agi nih...sedikit sentuhan dari ku..Smg bermanfaat yer. InsyaAllah..

Tadi ada baca enty ni.. Tentang SABAR. Ku copy sikit jer..hehe... Kalau nak baca lebih, boleh baca kat Artikel iluvislam.com

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. 
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]

okeh... Selamat malam. Sebelum tido baca doa tidur dulu yer..

p/s : ...boleh tinggalkan URL anda supaya senang ku nak blogwalking ke blog anda.. hikhik.. Oh ya, bagi yang tunggu"Burung Kertas" episod seterusnya, di harap bersabar ya..nanti ku akan publishkan..

1 ulasan:

Unknown said...

http://al-baghdadiseksyen8shahalam.blogspot.com/

boleh gak nak tgk blog kita..kita tak pandai bercerita sgt