RSS

Wednesday 20 February 2013

Burung Kertas 1 : Langit



“Wah, cantiknya langit..Heee...rasa di awang-awangan pulak bila nengok langit. Kan best, kalo dapat naik atas awan. Pakai baju macam puteri kayangan. Hehe...aku nak jadi puteri yang cantik. Lebih cantik lagi dari Siti Nurhaliza, Heliza Helmi....”

“Adoiiii!!” Kaki ku tersadung batu. Angan-angan ku sebentar tadi hancur berkecai. Berpecah belah menjadi serpihan. Berberapa orang pelajar lain tersenyum dan ada jugak yang mentertawakan aku. Adeiii...malunya!

“Oi, cik Puteri Berangan..time jejalan pun sempat berangan jugak?. Kali ni berangan nak jadi apa?” Perli Shahrul. Ala...Shahrul emang cenggitu. Cemburu la tu..!

“Dia berangan nak jadi superwomen kot. Yang seluar dalam kat luar tu...!! Wakakakaka....!!!” Kali ini Mat perasan encem bajet control macho la sangat memerli aku. Mula la tu nak cop aku dengan perkara yang bukan-bukan. Ah, malas lah nak sebut nama dia. Meluat! Harap muka jer cumil, tapi sikap tu...Nauzubillah..! Eh, cumil laaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Ceh, hampeh!

Aku berlalu mempercepatkan langkahku. Dari jauh , aku nampak Sumaiyah melambaikan tangannya kearah aku. Dia tersenyum sengih-sengih. Apa kejadah pulak BFF aku sorang nih, senyum macam kerang busuk.

“Apa hal?. Kau pun nak perli aku jugak ke?” Soalku acuh tak acuh lalu meneruskan langkah sambil di iringi Sumaiyah.

“Ape la kau ni...batu sebesar gajah pun tak nampak. Kan, dah di malukan oleh Az...” Aku cepat-cepat menutup mulut Sumaiyah daripada menyebut nama mat perasan itu. Aku tak nak dengar. Sakit hati!
Aku bagi isyarat dengan menggelengkan kepala. Sumaiyah tersengih-sengih. Dia faham benar dengan sikap ku.

“Aku tak nak kau sebut nama mat perasan tu depan aku. Meluat betul tahi telinga aku ni mendengarnya.” Kata ku sambil mengepit erat buku teks sejarah dalam tanganku. Seperti tadi, Sumaiyah masih lagi tersengih-sengih. Aku tahu...dia perli aku sebenarnya. Sumaiyah kalau tak perli aku dalam sehari, memang tak sah. Dia suka sangat tengok aku serba salah.

“Kau tengok langit tu, Mai..” uar ku lagi sambil mendongak ke langit. Kali ini awan sudah berpecah-pecah. Tidak lagi berkumpul besar macam istana yang aku tengok beberapa minit yang lepas.

“Kenapa pulak dengan langit?” Jawab Sumaiyah dengan acuh tidak acuh. Aku mengetap bibir. Mengerling kearah Sumaiyah yang mempermainkan kata-kataku.

“ Kau ni tak peka lansung lah. Tak ada sensetivitisme lansung ngan alam semula jadi.” Kali ini, Sumaiyah tak mampu menahan ketawanya lalu terhambur keluar...

“Hahaha...kau punya sensetivesme sampai langit ke tujuh sana nun haa.. Samapi tahap berangan super duper langgar batu. Hahaha...aku tahu, tadi kau berangan nak jadi Puteri Kayangan , kan?”

“Macammana kau tahu???” Aku buat-buat muka poyo. Sumaiyah ketawa lagi. Aku tersengih-sengih.

“Puteri Berangan...macam la aku kenal kau baru semalam. Hahahha...kau kalau dah berangan , sampai tak nampak lagi dunia realiti di mana kaki kau berpijak. Adehhh....berangan boleh, tapi, jangan sampai memudaratkan. Macam sekarang ni. Jangan berangan ikut sedap kepala otak kau jer nak imajin dunia ni...nanti boleh menyebabkan hati kau buta.” Pesan Sumaiyah tegas. Tapi, dengan nada yang bergurau.

“Iye la tu, Ustazah. Kite faham.” Aku tersengih-sengih lagi. 

Sumaiyah sering menasihati aku kalo aku lalai macam ni. Hahah...dia faham sangat-sangat dengan sikap aku yang sengal tahap ultromen nih. Sumaiyah walaupun nampak sempoi, kenit aje...tapi, otak dia bergeliga. Aku panggil dia ustazah sebab dia berpenampilan macam ustazah. Bertudung labuh dan suka akan perkara-perkara yang islamik. Badan dia kecik jer. Paras ketiak aku. Hahaha.. Aku tinggi lampai. Tapi, otak lembab. Ngeeee...sesekali jugak, aku ni agak cerdik. Ikut angin laaa.. Tapi, super duper lembab tak aa. Aku boleh lagi di katogerikan sebagai pelajar harapan kat sekolah.Ngeh..ngeh..ngeh..

“Oit, berangan lagi ke?!” Sumaiyah menepuk bahuku. Aku terkejut benar. Untuk hilangkan perasaan tu, aku tersenyum.

“Berjalan macam ni pun kau sempat jugak berangan?” Sumaiyah mengelengkan kepala. Aku meletakkan tanganku di bahu Sumaiyah sambil tersengih-sengih.

Jauh jugak perjalanan nak menuju ke kelas 5A. Tapi, di sebabkan aku berangan, tak la terasa sangat. Dan, sekarang...kami dah sampai...hehe..

~Bersambung~

0 ulasan: