RSS

Saturday 23 February 2013

Burung Kertas 2 : Puteri Berangan Vs Mat Perasan



...Bila sampai kat kelas, aku terus meletakkan beg sekolah ku di atas kerusi. Aku tahu, ada sepasang mata sedang memerhati aku. Huh, dia...memang tak puas hati kalau tak buli aku. Benci!. Dengan selamba, aku melabuhkan punggungku..

“Adoiiii....!!” Punggungku dicucuk sesuatu yang tajam. Aku meraba kerusi. Dan aku lihat, ada berberapa steples yang telah digubah menjadi dawai yang tajam menusuk punggungku. Mendengar akan raung kecilku, seluruh kelas menjadi hinggar binggar. Mereka sedang mentertawakan aku. Malu!. Ya...malu sangat-sangat kerana aku seakan sedang diperbodohkan.

Sumaiyah segera menghampiri aku dengan wajah yang bimbang. Hanya Sumaiyah sahaja yang megerti aku. Aku mengerling tajam kearah Mat Perasan itu. Amboi...bukan main lagi kau ketawak aku ya. Gelak sambil tahan perut lagi tu. Tak perut kau pecah jer daripada kau ketawa macam gila isim tu!. Errr...sakit hatiku!

Mat Perasan macam tak puas hati apabila melihat aku cuba tidak memperdulikan permainan bodohnya itu. Dengan itu, dia melakonkan semula adengan punggungku yang kena cucuk itu dengan gaya yang lebih menyakiti hati. Sekali lagi kelas riuh di buatnya. Arghhhh...!!! Geramnya aku. Dia mamang dah melampau. Sumaiyah cuba menenangkan aku. Dia tahu, aku benar-benar marah kali ni. Celaka betul!

Aku menapak perlahan. Semua rakan sekelas mendiamkan diri. Ada yang tersengih-sengih. Langkahku tertumpu pada si Mat Perasan tu. Dia dengan menabik dada membawa muka sombong dia tu cuba berlagak selamba.

“Kau mahu apa dengan aku ni, bodoh?!” Kataku kasar. Mat Perasan ketawa sambil memerli kata ku. Gengnya yang lain turut mengejek.

“ Aku tak kacau kau. Yang kau sibuk sangat nak kacau aku, pa hal?. Dah tak ada kerja lain lagi dah?!. Bongok betul!” Tempik ku lagi. Merona merah wajah Mat Perasaan apabila di marah oleh ku sebegitu. Mesti dia rasa tercabar.

“ Sapa yang bongok?. Kau ke aku?. Yang kau tu tak periksa dulu tempat duduk kau tu sebelum duduk, apa sal?. Nasib baik aku letak benda ni saja tau. Kalau aku letak taik kat kerusi kau, lagi lah kau nampak bodoh!”

 Wah...wah..wah....ayat kau. Macam tak der break lagi dah. Mulut bau longkang!. Sial betul budak seorang nih. Aku terus menyumpah dalam hati.

“Oh, kau dah ngaku la yang kau letak benda ni?!” Kataku sambil mencampakkan steples itu ke muka Mat Perasaan tu. Bulat kemerah-merahan matanya apabila benda tajam itu terkena pipi mukanya yang licin itu.

“Kau apa hal baling benda tu kat aku?!” Tempik Mat Perasan kasar dengan nada yang keras.

“ Kau apa hal letak benda tu kat kerusi aku?. Aku ada kacau kau? Aku ada sakiti kau. Yang kau busuk hati sangat dengan aku ni, apa sal? Jangan nak jadi bodoh dengan perbuatan kau yang tak bermoral ni. Kau fikir, semua pelajar perempuan sukakan kau sebab kau bajet ensem la sangat tu, kau boleh buat dan buli siapa sahaja yang kau nak?. Please lah....aku tak termakan dengan rupa paras kau tu. Hodoh! Perasan ensem!” Tengking ku kasar. Huh..puas hatiku apabila melepaskan kata-kata itu. Mat Perasan semakin marah. Aku dapat rasa bahang membara di hati busuknya itu.

“Kau, ni memang!!! Kau ingat aku heran sangat ke nak ganggu kau?. Sebab kau tu bodoh la aku ganggu kau, bodoh!. Kau tu lagi hodoh. Jangan nak berangan jadi puteri ke apa. Dah hodoh dan bodoh tu...bongok jugak jawabnya.”

Aku menggenggam buku lima ku. Ingin saja aku tumbuk muka beruk ni sekarang juga. Tapi, sabar...Sabar lah duhai hati...

“Sebenarnya kau lagi bodoh dan termasuk dalam katogeri bongok gila-gila sebab suka buli budak bodoh macam aku!”

Mat Perasan benar-benar marah. Tanpa aku cadang apa-apa pun tindakkannya, dia dengan selamba saja tolok badan mungil aku ni sehingga punggungku menyembah lantai. Semua rakan sekelas menjadi riuh rendah. Hampir menitis air mataku diperlakukan seperti itu di hadan rakan-rakan sekelas.

“Azam, kau marah pun jangan nak jadi lelaki dayus sampai menyakiti anggota badan wanita!” Tingkah Sumaiyah tiba-tiba lalu melulu kearahku. Adoiii...sakit benar pinggangku ini. Dasar lelaki dayus!

Wajah Mat Perasan tiba-tiba menjadi serba salah. Aku cuba untuk bangkit dan ingin menerkam Mat Perasan tu. Kau jangan fikir aku lemah. Aku pun boleh tumbuk muka kau, tahu tak?!. Namun, badanku segera ditahan oleh Sumaiyah.

“Azam! Adawiyah! Cukup!...”

Semua kami di dalam kelas terperanjat. Tempikan suara Madam Suzana bergema dalam  bilik darjah sehingga menyebabkan rakan-rakan sekelas yang lain bertempiaran lari menuju ke tempat duduk masing-masing. Kecuali aku dan....hmm.... Az...Az... Uhuk..uhukkk...uhuk... Memang sial lah nama budak nih. Sampai aku nak sebut pun terbatuk-batuk. Hm....abaikan!

“ Cikgu nak, kamu berdua jumpa Cikgu Qalam sekarang. Memalukaan!. Yang lelaki, tak tahu malu bergaduh dengan perempuan. Yang perempuan pulak tak sedar diri bergaduh dengan lelaki!” Bebel Madam Suzana. Kami hanya terdiam. Aku menjeling tajam muka Mat Perasan yang aku dah pahat dalam kotak minda aku nih...adalah wajah yang paling aku BENCI!!

Dengan berat kaki aku melangkah. Kemudian disusuli oleh Az...hm...Mat Perasan. Hemmmmm...

~bersambung~

0 ulasan: