RSS

Saturday 2 March 2013

Burung Kertas 4 : Perang Air



Dua hari dah aku dan Azam menjalani hukuman dengan membersihkan kawasan sekolah. Fed-up aku. Tak pernah-pernah aku buat kerja macam tu. Kat rumah pun, bukannya aku ni rajin sangat. Bibik Nita ada. Pak Oli pun ada. Hurm...nak cakap pasal kehidupan ni lah jiwa aku ni lemah sangat. Malas nak cerita. Keluarga jer mewah...tapi...lansung tiada kemewahan dalam jiwa. Dalam kasih sayang. Dalam perhatian. Boleh aku cakap, aku ni tak ada orang yang sayang. Mama dan abah jarang ada kat rumah. Kalau dah outstation tu sampai berminggu-minggu. Macam cerita dalam tv tu..mak bapak sibuk, anak terbiar. Aku dalam keadaan sebegitu sekarang. Ah, malaslah nak paksa mama dan abah lagi untuk temankan aku kat rumah ni. Bukannya diorang pernah tepati janji pun.

Aku lahir dari keluarga yang sungguh kaya. Abah ahli perniagaan yang berjaya. Baru sebulan dapat  gelaran sebagai Dato’ oleh Paduka Sultan. Mama pun, ada perniagaan sendiri. Sangat berjaya dan maju. Mama memiliki hotel sendiri. Hotel bertaraf 5 bintang. Aku seorang sahaja anak mama dan abah. Anak tunggal. Kat rumah, ada Bibik Nita sebagai pembantu rumah. Pak Oli sebagai tukang kebun. dan, Ajiboi sebagai driver aku. Hidup mewah, tapi..aku benar-benar kurang kasih sayang seorang ibu dan ayah. Nasib baik aku bukan jenis yang sosial sangat, macam remaja lain yang kurang kasih sayang ibubapa di luar sana. Kehidupan ku sepi. Kosong. membosankan. Balik sekolah, aku banyak habiskan masa aku berperap di rumah. Dok dalam bilik sambil berangan-angan. Boring berangan, aku tonton tv dengan Bibik Nita. Boring tengok tv, aku kacau Pak Oli. Bila boring tahap gaban sangat, aku ajak Ajiboi keluar shoping.

Aku tak banyak kawan. Aku Cuma ada Sumaiyah dan Qiqi. Sumaiyah sahabat yang baik. Peramah.Dia tak kisah aku ni jenis yang macam mana. Dia dapat terima aku. Berbanding rakan di sekolah yang lain, mereka agak takut untuk berkawan dengan aku. Kadang-kadang ada yang suka iri hati. Ada jugak yang suka membuli. Yang membuli tu biasanya anak orang kaya yang tak mahu kalah dengan aku.

Qiqi bukan sahabat sama sekolah dengan aku. Di pendekkan cerita, dia tua setahun daripada aku. Kerja sebagai pelayan restoren. Qiqi agak brutal. Sosial. Lelaki keliling pinggang. Sayang betul, muka cantik tapi tak nak jaga diri bagus-bagus. Qiqi ni banyak kes. Dah masuk kes polis dah pun sebab sertai lumba haram. Macammana aku boleh berkawan dengan Qiqi? Dah dua tahun dah aku kawan ngan Qiqi. Dia tegur aku masa aku ikut mama buat function kat restoren tempat dia kerja. Semenjak hari tu, aku rapat dengan Qiqi. Pernah jugak tengok Qiqi masa berlumba. Huh...bila abah tahu, dia fikir aku pun ikut lumba haram. Alamatnya, aku kena quarantin selama seminggu tak boleh keluar rumah. Qiqi minta maaf pada aku d sebabkan hal tu. Tapi, tak per pun, aku bukannya ikut cara dia..aku Cuma kawan dia sahaja.

“Hooooiiiiii...!!!!” Pekikan berserta dengan jurusan air kebadanku menyebabkan aku tersedar dari lamunan. Aku kaaget. Lecun baju sekolahku kerana simbahan air. Aku berpaling pada Azam. Dia memandang aku dengan wajah kebencian.

“Udah-udah lah berangan tu!. Kalau kau masih macam ni, sampai esok pun kerja kita tak habis!” Tengking Azam marah. Aku diam. Salah aku kerana mengelamun tak ingat dunia. Sedangkan, bunga-bunga di dalam taman mini reakreasi ini perlu di siram. Letihnya kerana taman mini ini padat dengan bunga.

“Aku tak tahulah macammana dengan hidup kau ni. Asyik berangan jer. Sedarlah sikit...!” Bebel Azam. Aku diam lagi. Selama dua hari ini, bila Azam cuba nak cari gaduh dengan aku, aku lebih banyak mendiamkan diri dan mengelak.

“Kau tahu kenapa semua budak sekolah ni tak mahu kawan dengan kau?. Sebab kau sombong!. Bawak hal sendiri. Kot ye pun kau anak orang kaya, jangan la sombong sangat sampai tak nak tegur orang lansung!” Azam membebel lagi.

Huh....aku tak mulakan pergaduhan yer...aku dah cukup baik berdiam diri. Jangan nak paksa aku untuk buka mulut.

“Sombong!.” Gerutu Azam lagi.

Hihhhhhh!!. Aku dah senyap, kau masih jugak nak membebel macam mak nenek. Kau ni memang betul-betul nak kena ni.

Dengan spontan, aku menghalakan kepala hos yang aku pegang kearah Azam sambil menyiram Azam dengan air. Azam tak mampu mengelak. Bulat merah wajahnya memandangku. Marah.

“Aku sombongkan? Aku tak nak tegur orang kan? Aku buat hal sendiri kan?...Nah....kau mahu aku tegur kau..nah...!” Aku terus menyimbah Azam dengan air. Azam cuba untuk mengelak. Tapi, aku lebih pantas. Dia berlari menuju ke paip utama untuk memasang hos. Kepala hos dihalakan pada aku menyebabkan aku semakin basah lecun.

Bermulalah sesi berperang dengan air. Sesekali aku menjerit apabila Azam menyiramku tanpa henti.Dan,....eh...Azam ketawa terbahak-bahak melihat aku yang ketakutan. Eiii!!! Geramnya...! Semakin aku lari, semakin dekat dia menyiramku dengan air sehinggakan aku tersungkur ke tanah. Baju sekolahku yang putih menjadi kekuningan. Aku bertambah marah. Rambutku yang diikat rapi pagi tadi terburai dari ikatan. Dengan laju aku menerkam Azam lalu menolak Azam ke tanah. Hah!. Puas hati ku. Biar padan muka kau. Biar kita sama-sama kotor!

“Azam! Adawiyah! Berhenti!!!!”

~bersambung~

0 ulasan: