RSS

Saturday 13 April 2013

...Bila Sudah Tertulis...


Assalammualaikum,

Bismillahirahmannirahim...

Alkisahnya, siang tadi berjalan2 dengan suami. Biasa petang, kalau free suka keluar berdua ngan suami. Biasanya juga, sy kalau dah berjalan, memang suka memerhati alam sekeliling. Melihat indahnya alam ciptaan Allah. Hati jadi diam. Mulut jadi kaku. Mata yang jadi pemandu untuk segala rongga jiwa, di bantu enjin minda yang ligat.


Seketika, kami terhenti..

"Abang, tengok awan..Allahuakhbar...cantik!"
Suami mengangguk dan hanya tersenyum. Sy jua turut tersenyum. Dalam hati...Alhamdulillah..Subhanallah.. Sungguh2 mengagumi kebesaran Allah Yg Maha Indah nih.. ^_^


Suami meneruskan pemanduan..rasa2nya, nak balik kampung sy sekejap jengok mak dan apak. Rasa rindu menggunung dalam kamar hati. Terbayang wajah2 mulia itu, hati tiba-tiba jadi sebak. Macam2 pula yg bermain di fikiran.


Bibir hny mampu, mengucap kata..." Agak rindu dengan mak dan apak walupun sering balik kpg tiap2 minggu.." Suami tersenyum lagi. Dia menggenggam erat jemari hangat ini. Seakan memahami gelora rindu yg mula membadai dalam kalbu. Suami sy jenis yg tak banyak cakap..sekali dia dah bercakap, akan berbekas dalam mata akal dan mata jiwa sy.. Jadi, utk situasi ini..dia membisu..dan terus memberi senyuman. Seakan memujuk jiwa nan rawan ini.

Dalam sepi perjalanan ke kampung, tiba-tiba suami mengucap syukur..
"Alhamdulillah. Bila terkenang2, rasa bersyukur sangat kerana masih dapat bersama sayang. Masih di beri kesempatan jengok mak dan apak..lebih2 lagi, bersyukur sgt2 sbb dapat luangkan masa bersama2."
Sy mengerling suami. Pelik. Namun, bibir terkunci utk bertanya. Ya...hati ini mengerti. Melihat senyumannya shj, persoalan sy sudah terjawab.


"Syukur Alhamdulillah, daripada tak kenal lansung, Allah aturkan pertemuan kita dalam diri masing2 punya cerita tersendiri. Bila sudah kenal, cerita kita mula bersatu menjadi titik kepercayaan. Lalu, mengajar erti kejujuran.Malah, membawa kepada tautan jiwa." Jawab sy dengan kias.
"Amboi, isteri abang...kalau sudah bermadah pujangga, ternganga abang di buatnya.."


Sy tersenyum lagi. Benar...hakikat pada pertemuan kami adalah "Kosong". Lansung tidak kenal!
Dan, petang itu...kami menyelusuri sejarah pertemuan kami, sehinggalah sekarang sudah menjadi pasangan yg halal. Alhamdulillah..takdir ini tidak di jangkakan..krn, bila sudah tertulis...tiada siapa yang mampu menyangkal. Sungguh, Allah Maha Atas Segala. Allahuakhbar!

" Ya Tuhanku, berikan aku ilham utk tetap mensyukuri nikmat-Mu yg telah Engkau anugerahkan kepada ku, suamiku, ibu dan bapaku..Dan, utk mengerjakan amal soleh yg Engkau Redhai dan masukkanlah aku dgn rahmatMu kedalam hamba2 yg soleh"


Allah sudah aturkan semuanya. Segala kisah silam yang ada manis dan pahit selama tempoh sy mengenal suami sebelum terucapnya lafas sakinah.. sy jadikan pengajaran untuk terus melangkah dengan lebih tabah bersamanya. Pahit itu ubat. Sy panjatkan seribu kesyukuran di atas segalanya.

Sy yakin, setiap insan ada cerita mereka tersendiri. Ada kisah mereka tersendiri. Namun, semuanya sudah tertulis di lauh mahfus yakni menjadi rahsia Allah.

"Jangan kita bandingkan kisah kita dengan kisah seseorang. Ia mungkin menyebabkan hati kita di rundung sangka buruk." Sy menelan liur apabila seorang teman menyuarakan hal ini. Namun, kepala ini mengiakan kata2 nya.


Bila cuba membuang sarang minda keluar dari sangkar sendiri..melihat setiap pelusuk sekeliling dengan terjemahan yg berbeda, hati ini kian megerti makna sebuah kehidupan. Sebuah pemberian. Sebuah anugerah. Terselit antalogi yg berbeza mengikut susur galur yg di canang. Allahu Rabbi.. sungguh manusia ini lupa dan mudah alpa. Termasuk diri ini sendiri. Lupa asal sendiri. Alpa di mana ia bakal kembali. Hati mula meginsafi. Itulah manusiawi..yg hanya mencari dan merintih di kala diri sendiri..


Ujian. Itu pasti. Pandang indah pd setiap ketentuan , menyebabkan hati redha dan tenang. Alahamdulillah. Kita di uji dengan ujian yg berbeza, imanlah yg menilai tahap kesanggupan kita dalam menanganinya. Pudar iman, maka tersasarlah dr landasan. Cuba, cuba lah...utk berpaut pada dahan sabar..agar teguh pautan kita dalam menangani makna ujian itu. Itu cara sy dalam menangi ujian. Dan, sy pasti..kita punya cra berbeza..bukan? Di samping iktikafkan hati utk sabar, jadikanlah solat sebagai penolong. InsyaALLAH..
Yg penting, akal dan hati haruslah seiring.


Teringat pesan dari sahabat,
Akal dan hati, xboleh dipisahkan. Kalau terlalu mengikut kata hati, nanti diri yg merana. Kalau ikut kata akal, nanti banyak helahnya. Maka, seiringkanlah mereka agar mereka membentuk jalan iman.. Kerana, tipu helah syaitan, sering mengancam. Godaan nafsu sering membunuh.

Yang pasti...
bila sudah tertulis..
Pertemuan,
jodoh,
ajal,
maut,
ujian...
adalah satu ketetapan. Tarbiyah utk hati yang lemah. Terlalu alpa pada bunga2 dunia.


Sy ingin kembali. Biar menapak perlahan sekalipun..... InsyaAllah... :')

....BILA SUDAH TERTULIS....




0 ulasan: