RSS

Wednesday 14 August 2013

NURANI



Assalammualaikum,

Perjalanan menghantar kakak, adik beradik yang ke 6 bersama dengan suami dan dua orang anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching Sarawak memang memakan masa yang agak panjang. Berangkat sekitar jam 6:40 am dan sampai dalam jam12:00 am. Lama bukan sebab apa, Singgah ke Serian untuk mencari sedikit ole2 untuk kaum keluarga di Johor.

Sempat singgah ke Kubah Ria, Kuching untuk mencari Ikan terubuk dan sedikit Kek Lapis Sarawak. Selepas settle semua, barulah pergi menghantar mereka ke Airport. Melihat raut wajah dua orang anak saudara si Muhammad Adam Asyraff dan Muhammad Aliff Asyraff menyebabkan hati ini tiba2 sebak. Mengalir perlahan air mata. Saat sebelum mereka pi masuk ke balai pelepasan, Aliff melihat saya dan suami dengan pandangan yang hairan. Mungkin, budak kecik yang umur 10 bulan tu hairan kenapa Chik dan Chik Lan nya tak ikut sama masuk.

Saya melepaskan sebak di hati dengan hujanan air mata dalam kereta dengan sepuas hati. Allah...hati ini rindu. Rindu nak pegang baby, dukung baby,cium baby..  2 tahun akan datang nanti barulah kakak sekelurga akan balik semula ke Sarawak. Tentu masa tu Aliff dan Adam dah besar sangat.

Saya menangis sehingga ketiduran. Sementelah suami yang memandu...

Singgah sekejap di Boulevard, kuching untuk minum petang. Dalam Pukul 5:00 pm barulah saya dan suami berangkat untuk pulang ke Betong. Saya yang mengambil alih memandu kereta. Kesian sangat tengok suami yang kepenantan dan mengantuk.

Sepanjang perjalanan, saya di temani dengan lagu2. Memang tangkap lentok dan feeling sorang diri di buatnya. Sehinggalah, saya terdengar akan lagu "NURANI by Kristal". Ahhhh...KLMJ! Tetiba sahaja kenangan lama berlegar2 di ruang mata. Hari ini, hari persandingan "AbgAdik31" bersama dengan pilihan hati. Ya. Tersentuh. Tapi, cuba nak tikam perasaan tu jauh2. Kami dah punya jalan cerita yg berbeza dan sungguh berbeza. Syukur Alhamdulillah. Allah merancang dengan penuh cinta. Apa yang dah tertulis..Apa yang dah ditakdirkan..kita tak mampu nak menolaknya. Allah lebih mengetahui apa yang DIA kehendaki.

Cerita Lama!
Saya dah humban jauh2 dalam lautan jiwa. Dan, tak mungkin lagi di bangkitkan semula. kerana ia dah menjadi khazanah hidup yang uzur dan menyakitkan. Namun, keheningan dan kesunyian malam itu, menarik diri ini perlahan demi perlhan untuk membongkar khazanah itu.

Sesekali, hati mengucap istighfar. Merenung Suami yang lena tidur di ulit mimpi. Saya gapai tangannya, dan setitik mutiara mengalir lagi. Dia suami ku! Aku sayangkan dia. Dia adalah anugerah terindah buatku.

Suku perjalanan sebelum tiba ke destinasi, Suami terjaga dari tidur dan kembali menemani saya. Dengan ceria, dia menanyikan lagu "NURANI" ini buat saya. Berulang kali lagu ini di mainkan dan akhirnya, kami menyanyi bersama2. Allahu... nikmat!



Jangan menangis..NURANI
Jangan bersedih..NURANI
Pandanglah bintang
Pandanglah langit
Kita tak ubah debu jadinya



Jangan menyesal..NURANI


Jangan berdendam..NURANI
Apa dah tulis
Apa dah takdir
Kita tak mampu meronanya



Biarkan saja masa yang membongkar rahsia
Mengapakah kita bertemu dan berpisah
Sedang cinta kita
Bukan kita yang menyusun
Al-kisah sampai ke akhir cerita



Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijab masih menyimpan
Cinta rapi di dalam

Biarkan saja masa lalu
Membongkar rahsia kita
Mengapakah kita bertemu
Dan berpisah kasihku..

Dihati ini masih..
CINTA KAMU





**Selamat Pengantin Baru , AbgAdik31**

0 ulasan: