RSS

Monday 12 August 2013

Saya Punya Raya!

Assalammualaikum,

SELAMAT HARI RAYA, 
MAAF ZHIR DAN BATIN.

5 Syawal... Sekejap jer kan?? Rasa baru semalam je puasa..dah tu...pejam celik...dah jumpa syawal dah. Alhamdulillah..Allah bagi kemurahan rezeki untuk kita terus bernafas dan menikmati syawal pada tahun ini. Ramadhan berlalu sudah. Indahnya ramadhan, hanya akan di rasai oleh seseorang yang ikhlas dan jujur menjalnkan ibadah untuk meningkatan amalan bukan untuk mendapat redhanya manusia, namun untuk meraih dan mengharap redhanya Allah SWT!

Allah..
Syukur Alhamdulillah...
Raya ini, tahun pertama bergelar isteri.Menantu... Alhamdulillah. Nak siapkan persedian untuk sambut syawal memang tak menang tangan. Buat kuih dan biskut terpaksa di lebihkan lagi untuk dibahagi sama rata untuk mentua dan untuk keluarga sendiri. Alhamdulillah, walaupun penat, namun berbaloi2 hasilnya.

Paling membahagiakan,
Apabila adik-beradik yang berada di Johor Bahru balik beraya di Sarawak. Di rumah.. Kalau di hitung berapa kerap akak dan abang sy balik kampung, memang setahun tu..hnya sekali jek. Terkadang 2 tahun sekli. Tapi, Alhamdulillah...Allah telah murahkn rezeki mereka untuk beraya di kampung. Bukan sebab deorang lupakan family..Tp, lantaran tugas yang membataskan mereka untuk balik..

Sekarang, 
tak mo cakap byk...ni haaa...sedikit gambar daripada family saya.. ^_^ sempena raya..

Bersalaman bersama suami tercinta. Ampunkan segala silap dan salah. Maaf kiranya sepanjang kita bersama, saya telah banyak menguris hati abang..

1 Syawal. Beraya di rumah suami. Keluarga suami kecil je..

2 Syawal. Beraya di rumah sendiri bersama dengan keluarga besar saya. Semua yang berada dalam gambar ni adalah ahli keluarga saya, yakni adik- beradik sy. Hehehe...ni blm datang suma ni...

3 Syawal di rumah Pak Uda Udin. Abang kepada Mak. Yang byk anak dara kat bawah tu...tu member sy.hehe...


Keluarga saya + Keluarga suami = Keluaga kami

Dapat upload gambar raya untuk 3 Syawal saja.Hehehe...apapun, raya taun ni byk memberi seribu kemsanisan. seribu kasih sayang. Seribu kemaafan. Seribu harapan. Seribu kenangan..dan yang paling best...seribu pengalaman. Alhamdulillah. Ini lah kelurga besar saya, Siti Hajar Binti Ahmad serta suami , Muhammad Azlan Bin Buang.



~Siti HajarAhmad~

0 ulasan: