RSS

Wednesday 29 January 2014

RISIK


Bismillahirahmannirahim...
Assalammualaikum,

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh

RISIK

dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan.

Islam mengajar manusia bertaaruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan.

Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan.

Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh 
dipermainkan.!

~Monolog Asiah Yusra_Tautan Hati~


||Dalam ingatan jua diskusi bersama sahabat mengenai cinta dan nikah. Alhamdulillah, monolog ini adalah konklusi daripada pendapat ku. Pengalaman bercinta membuatkan daku mengerti makna cinta yang sebenar. Cinta sebenar adalah cinta kpd Illahi..di mana, cinta yang paling utama harus diraih sebelum cintanya manusia. Harus diingati, cinta manusia, cinta yang tak kekal abadi..ianya membawa banyak kesukaran yang menyesakkan jiwa berbanding cinta Illahi yang sering menghadirkan ketenangan dan damai yang paling abadi. Kalau ingin bercinta dengan manusia melebihi cinta terhadap Allah, bersedialah untuk menghadapi kekecewaan! Dalam ingatan di awangan merindui suami yang jauh di mata namun dekat di hati... Terima Kasih atas cintamu..||



~Sekian.Wassalam..~


0 ulasan: