RSS

Saturday, 5 July 2014

17 Minggu

Bismillahirahmannirahim.

Assalammualakum,
Hari tu buat checkup di klinik lagi. Alhamdulillah perkembangan yang memberansangkan.
Walaupun hamil, semangat untuk berpuasa itu ada.
1/7/2014
Usia kandungan ku 17 minggu 5 hari.
 Berat menurun. Hahaha...daripada 50kg ke 49.5kg.
Walaupun suka dan selalu makan, tapi aku makan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi, dalam kadar kegerapan yang berganda.
Petang itu buat ultra sound untuk dengar degupan jantung baby.
Terharu apabila dapat dengar jantungnya sedang berdetak dalam rahimku. Seraya itu, aku mengucap seribu ke syukuran pada Allah kerana memberi nikmat yabg sungguh bernilai dan bermakna ini padaku.
Petang itu juga aku di bagi suntikan dos tambahan yang membuatkan tangan kiri aku rasa kebas dan lemah. Nurse menerangkan, suntikan itu adalah untuk mengindari jikalau brlakunya kancing gigi atau sebagainya ketika proses kelahiran nanti.
Perkara yang paling membuatkan aku rasa terharu apabila di scan.
Rasa nak menangis pun ada jugak.
Tengok perkembagan dia dalam rahim.
Alhamdulillah.
Tengok kepala dia, badan dia, tangan dia, kaki...
Subhanallah, Allahuakhbar.
Kegembiraan itu aku kongsikan dengan suami.
Dia tidak bersamaku petang itu kerana bekerja.
Kegembiraan jelas terpamer.
katanya.."Itu bukti cinta dan kasih Allah pada kita.Dan, dia juga bukti cinta kita selama ini."
terharu..sungguh~
Terima kasih ya Allah.

Sekarang,
Aku semakin rasa bersyukur dan seronok apabila rasa dia mengeras di rahimku. Suami terutamanya, yang suka meletakkan tangannya ke perut untuk memberi haba dari hangat telapak tangannya. Ya Allah, tak terkata kegembiraan ini..

~Tuhanku, permudahkanlah urusan ku dalam mengandungkan dia, melahirkan dia lalu mendidik dia~

2 ulasan:

Arni Shuhada said...
This comment has been removed by the author.
Kenanga Putih said...

waalaikummussalam..

tahniah..dpt temu duga ppm. tips? kita kongsi pnglaman kita sja ye..
dulu masa di iv, kita d soal pasal pemahan apa itu ppm. penemuduga lbh suka tgok cara kita bkomunikasi. attitude kita ktika mjwb soalan. dia juga ada tny psl nama YDP Agung.. Cik Arni buatlah research pasal apa itu ppm..sedikit bidang tugas ppm, pecahan ppm (ada 3 = Ppm Asrama, prasekolah & pendidikan khas)

isu semasa mk kene peka juga kalau dpr penemuduga yg skema..hehe..ada kwn kita tu kena di suruh menyanyi lagu kanak2..ada yg dminta nyanyi lagu negaraku..

pendek kata, semua tpulang pada penemuduga itu sendiri..

Smg berjaya dalam temuduga tsebut cik Arni.. :)