RSS

Sunday 14 September 2014

28 Minggu

Bismillahirahmanirahim...
Assalammualaikum,

Yeah...update laki perkembangan terkini mengenai 'diary hamil' ku. huhu..
Alahmadulillah..
Dah buat checkup utk 28 minggu...wuuuu...28 minggu sudah wih..xterasa..dan, dah buat scan skli. Hasilnya,
memberansangkan dan alhamdulillah.
baby membesar dengan baik
minggu ke 22 hari tu, aku kekurangan darah.
so, sepanjang minggu sebelum 28 minggu tu, aku usahakan cari makanan yang boleh tambah darah di samping berkhasiat untuk aku dan baby sekali.
Makanan yang kaya dengan zat besi ni sesuai untuk wanita hamil dan ibu mengandung.
Kenapa?
Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dalam darah.

Makan buah delima.
Punyalah mahal dan susah mahu carik.
Nasib baik ada kakak yang tolong cari.
sekilo RM 27.99. Aku beli 2 bijik jer. dapatlah harga RM 22.70. Alhamdulillah.

Makan daging.
Kandungan zat besi dalam daging mengandungi 100g membekalkan 21% dv.
Makan daging ni aku kurang sedikit.
Tapi, demi kesihatan..mesti makan jugak.huhu...

Hati (Ayam, lembu, kambing)
Tak pernah makan hati lembu dan kambing.
Cuma makan hati ayamk sahaja.
Tak selalu makan jugak.tapi...adalah juga makan. :p
Hati ini tempat menyimpan zat besi. Dalam setiap 100g hati, kandungan zat besinya adalah sebyk 23g atau 129%dv.

Bijirin.
Oleh kerana aku ni cepat sangat lapar.
Dalam sehari di anggarkan 6-7 kali makan.
Bersamaan...
Pagi : ambik bijirin seperti oatmeal + susu + roti bijirin 5 keping.
10.00 am : makan bihun (karbohidrat + protin + vitamin) kadang2 kalau xada bihun, makan nasi + sayur + ikan.hehe..kalau tak ada jugak, makan kuih / biskut.
1.00 pm : Makan nasi lagi..hehe..nasi +daging/ayam + sayur + buah.
3.00 pm : minum jus delima/ laici/oren + biskut bijirin + makanan tambahan yang lain. kalau rajin, buat cucur sayur untuk diri sendiri.huhu..
7.00pm : Makan apa2 sahaja yang berada di dapur. ahahah...selalunya, makan oatmeal + susu .
10.30 pm: Makan nasi + ayam/ikan/daging + sayur + buah
Malam2 kang, kalau belum tidyr dan lapar lagi, aku makan lagi.
Hahah...tak heranlah berat naik mendadak.

Pil Supliment.
Pil ni pihak klinik yang sediakan. Aku makan 2 biji sehari. Nak makn pil ini pun kena berdisiplin. Tak boleh makan waktu minum susu ataupun selepas perut kenyang. Aku ambik pil ni pagi dan sebelum tidur. Selain tu, d berikan jugak dengan Asid Folid, Vit c dan vit B.
Aku yang dahulunya benci dan tak suka makan ubat, akhirnya kena hadap jugak segala jenis ubat ni. Untuk kesihatan, kan??

Sayur-sayuran hijau.
Itu yang penting. Aku suka bayam. Memamg hari2 kalau boleh nak makan bayam. Hehe...sayur paku, kekacang dan sebagainya.

Susu Hi-Goat.
Susu ini aku amalakan masa masih dara lagi.hehe..tapi, selalu on off lah. Dan, sekarang..aku amalkan susu ni masa hamil. Alhamdulillah. Aku tak ada kebas2, bengkak2, darah pun semakin ok. dan paras gula dalam badan pun ok. Hehe.. Alhamdulillah.

Kurma dan Kismis.
Haaa...aku selalu bekal masa kerja. Masa2 kerja, makan sikit kalau perut rasa lapar,hehe...kadang2, tak nak layan sangat kelaparan ni. kalau tak di sekat, rasa nak mengunyah je tiap masa. haha..
MAKAN SEDIKIT, TAPI KERAP!

Mesti bijak cari makanan yang sihat untuk jasad/ fizikal.
Untuk rohani pula, amalkan surah Yusuf, surah Maryam, zikir, salawat dan Al-Fatihah untuk rohani kita mahupun baby. Hehe..InsyaAllah...semoga Allah rahmati dan berkati segalanya.

Oh ya,
Nak cakap..hehe...berat dah sampay 56kg!!! haha...
Aku tak kisah sebernya, asalkan semuanya sihat.
Diet?
 Makan makanan yg sihat.
Nanti pas bersalin diet cecukup.haha..

Ok, Smapai sini sahaja..
Nanti update lagi.
Sekian ^_^

iMEJ 28 MINGGU..hehe.. ^_^

~ Semoga Allah permudahkan urusanku dalam mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dia~