RSS

Thursday 19 February 2015

Aku Bercerita [Part 1]

Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum.

Setelah sekian lama menyepi, kan?
Agaknya dh berapa bulan ye?
Tu yang membuatkan sy rasa banyak benda sy nak share ngan korang ^_^
...
Apa cerita selepas 28 minggu mengandung hari tu?
Maaf kerana menyepi.
Menyepi bersebab.
Tak mengapa kan?
Meh sini dekat-dekat,sy nak cerita pengalaman sy.
Sebelum tu...sy nak habaq sikit la yer... Ok, kasi bold "PENGALAMAN"..
ok.
ini pengalaman sy sepanjang mengandung, melahirkan dan seterusnya,sehinggalah sekarang...umur si tangkai nyawa di penghujung 2 bulan.[ maknanya nak masuk 3 bulan le tu..hehe]
...
Ketika kandungan berumur 36 minggu, sy dan suami kemain lagi exited. Pagi2, suami usap ubun dan perut sy..
"Mama, hari ini abah nak tengok baby!"
Sy tersenyum manis.
Ya, hari ini hari scan baby. Kali ini suami ikut dan dah mintak cuti awal2 sebab dia da tak sabar nak tengok anak dia.
Di pendekkan cerita,
Sesampai je kat klinik..Macam biasa la buat bbrapa test.Tengok darah, tengok paras gula dalam badan dan sebelum masuk bilik jumpa doktor, nurse suh sy baring. Dia nak rasa dulu kedudukam kepala baby.Nurse dok jenuh bidankan perut. Dia tersenyum..
"Kepala dia dah kebawah. Yak lama lagi nak bersalin lah awak ni. jap, nak dengar jantung dia dulu.." Aku membalas dengan anggukkan dan senyuman yang sangat manis. Bila mesin tu dah dapat tangkap degupan jantung baby..aku rasa makin bahagia. Memang...dia sungguh aku nantikan. 
"Semuanya ok.. nanti awak jumpa doktor. Doktor kan scan.ok?"
Sy mengangguk lagi.
Bila masuk bilik doktor, sy panggil sekali suami. Lebar ja senyuman suami bila dapat masuk bilik doktor.
Doktor scan dengan lemah lembut sekali. Bila sampai bahagian atas perutku sedikit, doktor berhenti.
"Eh?"
Ayat yang terpacul dari mulut doktor menyebabkan aku dan suami serentak memandang wajah doktor. Ada kerutan dikeningnya.
"Kenapa doktor?" Tanya ku.Kemudian suami pula bertanya soalan yang sama.
Doktor memusing-musing lagi alat scan tu.ke atas, kebawah..
"Tadi nurse pegang, nurse cakap kepala dia dibawah ye?"Saya mengangguk..
"Saya rasa dia silap . Yang dia pegang tu punggung dia. Bukan kepala dia." Mata sy berpinar! Pantas ku mengalihkan pandanganku menatap screen mesin scan itu. 
Walaupun gambarnya cuma hitam putih. Tapi, aku dapat mengagak!
MasyaALLAH!
Air wajahku berubah serta merta.
Suami masih terpinga-pinga.
" Babby kalian breech. Sy dah scan berulang-ulang kali. Dan, imej nya masih menunjukkan kepala baby kalian berada di atas. Dan, kakinya kebawah. Sy khuatir sedikit, sebab awak dah menunjukkan tanda-tanda nak bersalin. Tapi, tak mengapa..awak jangan bimbang..jangan stress, jangan panik..InsyaALLAH..kami akan cuba semampu yg mungkin."
Semasa duduk berhadapan dengan doktor, doktor sarankan sy dan suami buat ujian ECV.
ECV?
Sy makin nervous. Jantung berdegup kencang.Suami cuba tenangkan sy dengan menggenggam erat tangan sy.
Sy akan rujuk awk ke Hospital Umum. Dan, sy akan buat temujanji awak dengan doktor yang akan buat ECV tu nanti.
Aku hilang akal untuk bertanya. suami juga begitu. perasaan mula bercampur baur.
3 minit tggu doktor menghubungi pihak Hospital untuk membuat temujanji,,
Akhirnya,
aku akan disuruh membuat ECV pada ke esokkan harinya.


,,,errr...nampaknya,anak tgh meragam..
nanti sy sambung lagi cerita ini ya.
ok?
keep in touch!
wassalam...

0 ulasan: