RSS

Tuesday 2 June 2015

Aku Bercerita (Last Part)

Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum..

Agak lama juga menghadap PC ni. Dari pukul 10 am..sampai laaa nii.
Mencari kekuatan bagaimana hendak meneruskan coretan ibi sebenarnya.
Tak mudah untuk saya lantang menyuarakan dan berkongsi kisah. Kisah-kisah yang sebelumnya pun, agak keberatan juga. Namun, setiap permulaan mesti ada pengakhirannya, bukan?
InsyaAllah.. Saya akan cuba habiskan apa yang telah saya mulakan.
Terlebih dahulu,
Maafkan saya sekerinya sesetengah pihak ada yang agak jelek menitip kisah ini. Namun, sesekali tiada paksaan buat saya untuk anda membacanya. Dan, terimakasih kepada sesetegah follower saya, rakan-rakan saya yang sentiasa  bertanya perkembangan cerita terbaru daripada saya melalui AKSARA HIDUP yang simple ini. Semoga sekaliannya mendapat manfaat daripada kisah ini..
Dan, untuk anak mama..mungkin berberapa tahun yang akan datang(InsyaAllah, selagi Allah pinjamkan nafas)..mama titip kisah ini buatmu, sayang..
Mungkin ini kisah yang terakhir daripada entry "Aku Bercerita"..

Cerita bersambung lagi...

Mengalir airmata ini apabila mendengar lantunan azan dan iqamah di telinga kanan dan kiri bayi kecilku daripada sang suami tercinta. Dlam hati tak pernah henti-henti merafak seribu kesyukuran. Nikmat apakah lagi yang harus saya dustakan, Ya Tuhan ku?. Indah dan menakjubkan...
Mak, mak mentua, bapak mentua, adik ipar...berada di sekeliling kami di saat itu. Kalau boleh ingin sahaja saya tumpahkan airmata di hadapan mereka di saat ini. Untuk saya gambarkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ini. Lalu, teringat pada apak di kampung...apak tidak dapat hadir serta menyambut dan melihat cucunya yang ke 27 ini kerana ada urusan lain di kampung. Tidak mengapa. Nanti, balik berpantang di kampung halaman juga.

Dua hari di wad bersalin,
banyak mengajar bagaimana nak jadi seorang ibu. Orang kata, 1st breastfeeding baby, ada rasa sikit. Tengok rakan di katil sebelah, setiap kali dia menyusu bayinya, matanya terpejam rapat. kadang2, terdengar juga erangan kecilnya. Aku tersenyum. Dan, dek kerana keterujaan saya hendak menyusukan anak ini, saya susukan dia dengan mudah sekali. Memamg adalah sedikit kesakitannya. Namun, keterujaan saya menjadi pengubat pada kesakitan itu dan ianya bertukar menjadi keseronokan dan masyaAllah...hanya ibu2 yang menyusu anak sahaja yang tahu perasaan ini, kan?

Akhirnya,
saya dan bayi kel;uar wad.
Diringkaskan cerita, hari ke 5 dia, kesayangan saya ini joundis. Memang mencemaskan dan merisaukan. Waktu berpantang rasa tidada maknanya apabila terpaksa keluar masuk klinik dan hospital membawa baby. Paling tinggi joundis si bayi adalah 16. Dan, terpaksa bermalam di hospital selama 2 hari satu malam. Sepanjang di hospital, kalau boleh, tak nak airmata ini terlalu kerap mengalir..Allah Allah..Allah,,, kesian sangat tengok baby di masukkan kedalam mesin yang apinya berwarna biru dalam keadaan matanya ditutup dan dia ditelanjangkan. Tiap kali dia disuntik untuk diambil dan diuji darahnya, setiap kali itu juga dada ini rasa disentap-sentap. MasyaAllah...beginilah rasanya hati ibu. Dan, saya dapat rasai bagaimana hati mak saya semasa mengandung dan melahirkan saya dahulu...masa kepiluan itu melanda, cepat2 call mak dan minta maaf dengan mak. Mak sempat bagi kata peransang dan nasihat.
"Itulah untungnya jadi wanita. Lagi untung jadi mak. Setiap kita akan rasai..kuat dan sabar!. Jangan terlalu kerap menangis dan bersedih. Awak tu masih dalam pantang".

Berberapa hari di Kuching, saya kembali ke kampung halaman..
Berpantang di sana..
Melalui fasa menjadi ibu..
Tidur malam tak lena.
Makan tak kenyang,
Mandi tak basah..
Itulah berpantang orang berslin.
Silap sedikit, bahaya!
Kerana saya menyusu anak, makan memang berselera sangat walupun makanannya hanya nasi puti, sup sayur, ikan bilis, halia..dan, kadang2 mak buatkan sup ayam.

Terima kasih mak,
sepanjang saya berpantang...sedikit pun perhatian mak pada saya tak pernah luak. Dan begitu juga dengan adik bongsu kesayangan saya yang sentiasa berusaha untuk mencukupkan keperluan saya walaupun masa itu, dia ada anak kecil yang berusia 7 bulan, Si Ahmad Mukhriz yang bam-bam dan comel. Berpantang dikampung tanpa suami..suami bekrtja di Kuching. Tapi, dek kerana adanya si lelaki kecilku ini di sisi, rindu pada suami tak lah ketara sangat. Hehehe..

Nama anak saya?
Ya..saya ikut sunnah hari ke ke-7 kelahiran bayi iaitu umumkan nama bayi.
Nama diberi adalah..

MUHAMMAD RAZIQ HANAN BIN MUHAMMAD AZLAN.

..yang membawa maksud ;
Muhammad = Nama Rasulullah SAW
Raziq           = Lelaki yang dimurahkan rezeki
Hanan         = Yang di sayangi

..alhamdulillah..InsyaAllah..
Semoga Hanan Saya sentiasa dimurahkan rezeki dan disayangi penduduk langit dan bumi. Amin..

ok.
Rasanya, sampai di sini sahaja entry "Aku Bercerita".
Ini adalah part yang terakhir.
Terima kasih kerana sudi dan sentiasa mengikuti penceritaan saya yang terlalu banyak kekurangannya daripada ejaan, susunan ayat dan penggunaan bahasa ini. Typo yang paling ketara. hahaha..
Apa yang baik datangnya daripada Allah, dan apa yang kurang itu juga datangnya daripada Allah jugaan namun atas perantaraan nafsu dan keurangan saya sendiri.

InsyaAllah,
jikalau diizinkan..nanti buat entry pasal "Muhammad Raziq Hanan" pula..
itu pun kalau rajinnya banyak.
motif?
saya nak, suatu hari nanti..Hanan baca cerita ini. Hanan sendiri dapat selami perasaan mama selama mengandungkan dan melhirkan dia walaupun yg di luahkan mungkin 80% sahaja.

Hanan,
semoga kamu menjadi anak yang soleh.
Berjaya di dunia dan di akhirat.
Ingat sayang..dunia di tangan, dan letakkanlah akhirat di hatimu. Selalulah berdampingan dengan orang-orang yang alim.

Sekian sahaja daripada saya.
Maaf.

p/s : Maaf.Tiada gambar Hanan buat seketika..hehe..

0 ulasan: