RSS

Monday 8 June 2015

Tekno-sosial!

Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum..

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.Semoga selawat dan salam limpahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariaatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal 'alamin..

Semalam bermuhasabah dengan teman rapat. Tidak semena-mena mengalir mutiara jernih. Sakitnya dalam. Menyentap sungguh. Allahu Allah...syukur alhamdulillah kerana hadirkan teman istimewa sepertinya yang sering menjadi tempat saya meluahkan masalah (Kecuali masalah rumah tangga), berkongsi duka dan suka, bergurau kadang-kadang terlampau namun berlapang dada menerima gurauan (Sekepala sangat), setiap kali ada mjlis ilmu selalu hadirkan diri ini walaupun diri ini lahiriahnya ada kekangan, berkongsi ilmu, bermuhasabah bersama dan yang paling penting, kalau saya salah dia tegur dengan lembut dan berhemah, lalu nasihat diberikan. Begitu juga sebaliknya saya padanya (diakui-barangkali). Bagi saya, dia bukan setakat sahabat atau teman istimewa, namun, dia lebih daripada itu Seorang adik yang sangat baik. MasyaALLAH. Semoga Allah redha akan mu, sahabat.

Muhasabah tentang apa?
Tentang diri yang kian hanyut. Hanyut dek arus globalisasi teknologi tanpa sempadan sehingga terkadang tega menangguhkan apa yang sepatutnya didahulukan. Kata saya,
"Teknologi tak salah..internet tak salah..wechat, facebook, tweeter, instagram...tak salah semuanya, yang salah..ni (tunjuk hati). Diri kita"
Ya, kita sepatutnya harus dipersalahkan!
Nafsu yang banyak sangat alasan.
MasyaAllah.
Terkadang, kita tidak sedar dala keasyikan kita meng'update' status kita tersindir, termarah, tercerita hal orang, terbagitahu hal peribadi sendiri di kyalayak ramai.(Saya bercakap pasal diri saya sendiri). Dan, dalam masa yang sama..tidak semua orang boleh menerimanya. Malah, kadang-kadang boleh mengundang fitnah keatas diri kita sendiri secara tidak lansung.
Ok. Berazam. Kurangkan tekno-sosial! InsyaALLAH..Smg Allah bagi kental dan sado pada hati nan lembik lagi rapuh ini.

Ok.
Untuk seketika, lupakan pasal tekno-sosial ini dulu.
Saya tefikir pula akan hubungan kita dengan orang lain. Tak semua orang dapat terima cara kita, kan? Kebiasaannya manusia mudah menyalahkan orang lain atas masalah yg dihadapinya. Manusia selalu menganggap dirinya betul dan benar dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Bagi saya..dalam hubungan sesama manusia, perkara penting yang mesti kita ingat bukan semua manusia itu berpegang pada logika dan rasional, tetapi, kita kenalah memahami bahawa manusia itu dipengaruhi oleh emosi, sikap prasangka, mjaga maruah diri dan ego. Justeru itu, untuk memudahkan orang lain menerima kita, elakkan daripada mengkritik kerana kritikan mudah menjejaskan emosi, meningkatkan prasangka, dianggap menurunkan maruah diri serta menyentuh ego mereka. Namun, kadang-kadang tak mampu nak tahan diri daripada mengkritik kalau ternampak seseuatu yang tak berkenan di mata. Akibatnya, ada yang berkecil hati dan menjauh diri. Cepat-cepat muhasabah lagi..mungkin cara saya tidak kena pada tempatnya kot. Benarlah.. Kritikan yang diluahkan tanpa hikmah boleh menjejaskan hubungan manusia dan menimbulkan kemarahan. Ok. Bisik slow dalam hati..
"...daripada cuba menyalahkan orang lain, adalah lebih baik saya cuba untuk memahami keadaan dia.." mungkin amalan seumpama ini boleh mengeratkan tali silaturahmi dan menunjukkan sifat empati, persefahaman, tolak ansur serta menggambarkan sifat kemnusiaan yang tinggi. Bak kata John Dewey (Ahli Falsafah Amerika yang terkenal).. Keinginan manusia yang paling tinggi ialah the desire to be important. Ok.Mengaku ke tidak?? Lantaran itulah berik pujian yg ikhlas dan jujur krn dgn demikian dia akan merasa dirinya penting dan istimewa. Akan tetapi, jangan pulak sesekali berpura-pura dengan pujian yang diberikan kerana ia boleh melahirkan kesan yang buruk. Tak salah kan, kalau kita cari keistimewaan dan kebaikan yang kecil pada diri individu itu untuk dijadikan bahan pujian dan penghargaan demi untuk menunjukkan keikhlasan dam kesungguhan. Dan, akhir sekali..pulangkan kebaikan dan segala puji itu hanya pada Allah yang selayak-layaknya untuk dipuji dan puja. Kerana Allah telah menutup aib kita, aibnya sehingga kita hanya melihat kebaikkannya sahaja.

Pernah terbaca buku Harry A. Overstreet yg bjudul Influencing Human Behavior yang berbunyi, manusia yang memahami kehendak serta minat orang lain akan mudah diterima, tetapi sebaliknya manusia yang gagal akan hidup dalam kesepian. Maknanya, untuk memahami atau mengetahui kemahuan, kehendak atau minat seseorang kita hanya perlu memberi peluang kepada mereka untuk bercakap. Ruang untuk bercakap ini amat disenangi kerana memang sifat asasi menusia itu suka bercerita tentang dirinya. Tapi, kawallah daripada mencerita cerita yang tak sepatutnya tentang diri sendiri. Di wechat,facebook dan tweeter..memang bayak jumpa jenis yang suka menceritakan tentang diri sendiri(termasuk saya). Saranan saya, kalau boleh..kawallah..(saya tengah cuba untuk mengawal)

Contohi peribadi Rasulullah SAW.
(Kadang-kadang rasa tak layak nak suarakan kerana diri ini amat jauh dan terlalu jauh..) Namun, sebagai peringatan bersama..dan disamping itu, saya ingin menegaskannya untuk diri saya yang jahil ini terutama..

Teringat lagi kisah Ummu Ma'Bad yang mensifati Rasulullah SAW.
"Kulihat seorang lelaki yang nampak bersih putih bercahaya ondah rupawan, bentuk tubuhnya tiada tercela, kerana sedang (tidak kurus dan tidak gemuk), tampan ceria, matananya hitam dengan bulunya yang panjang. Suaranya bersih bagus, lehernya panjang dan janggutnya lebat/tebal. Alisnya panjang menyambung dan melengkung bagaikan bulan sabit. Jika diam/tidak berbicara, ia tenang penuh berwibawa. Bila bicara, terang dan jelas. Sebagus-bagus manusia dan paling indah nampak dari jauh. Dan paling tampan nampak rupawan jika dekat. Manis tuturnya, terang, tidaksedikit dan tidak bercakap kosong. Kata-katanya sentiasa tersusun.Seakan-akan untaian permata yang meluruh berjatuhan. Perawakannya tidak terlalu tinggi dan tidak pendek, sedap mata memandang Ia paling manis dipandang dari antara ketiganya. Dia mempunyai kawan yang amat memuliakannya. Jika ia berkata, mereka diam mendengarkannya. Bila ia memerintah, mereka segera memenuhinya. Mereka begitu taat padanya. Wajahnya tidak masam berkerut dan ucapannya tidak mengandungi khurafat dan khayalan.
(Dipetik daripada buku KISAH HIDUP NABI MUHAMMAD SAW , karangan Muhammad Abdul Wahab, terbitan Jasmin Publications, mukasurat 144-145).

Mulianya insan yang bergelar Muhammad itu. Sebaik-baik manusia adalah baginda. Baginda asbab kita umat akhir zaman ini layak mendapat syafaatnya di sana kelak. MasyaAllah..law kana bai nana...Ya sayyidi, ya habiballah..

Rasanya, terlalu panjang coretan ini.
Maaf sekiranya terdapat kekurangan pada penulisan saya.
Semoga antuna-antuna sekliannya mendapat manfaat daripada penulisan yang serba kekurangan ini. Sekali lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian.

Wassalam....

1 ulasan:

Jagat'arsyTV2138 said...

www.abahjagat.com untuk Kejayaan Agama dan Negara