RSS

Thursday 26 November 2015

Sanah Helwah, Muhammad Raziq Hanan (1 Tahun :22 November)


Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum,


Sanah helwah, mujahid kecil ku, laki-laki yang murah rezekinya dan yang dikasihi yakni Muhammad Raziq Hanan. Tak berasa masa berlalu begitu pantas sekali. Mama dan abah membesarkan Hanan tanpa orang tua di kota metropolitan ini. Dugaannya, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Mama dan abah cuba yang terbaik, mengikut jalan yang terbaik, dan berusaha sebaik yang mungkin untuk memastikan keselesaan anaknda mama nan seorang ini.

Tersenyum mama tengok gambar Hanan masih bayi. Kenangan itu, MasyaAllah...tanggal 22 November 2014, jam 10;13 pagi, jatuh pada hari sabtu, di Hospital Umum Kuching, tak akan sesekali mama lupakan. Mendukung dan mencium bayi seberat 2.77kg dalam keadaan masih berdarah adalah sukar dilupakan. Mendengar suara pertama Hanan,..membuatkan mama lupa segala kesakitan yang mama tanggung. Hati meloncak gembira ingin ketemu dengan Hanan usai sahaja operation dilakukan. Seperkara pembedahan itu adalah kerana Hanan anak yang istimewa. Takdir Allah, Hanan duduk dan kepala Hanan enggan berpusing ke pintu rahim. Mama redha sayang..redha dengan segala ketentuan itu. Alhamdulillah, meski sakitnya dicucuk jarum besar untuk suntikkan epidural ditulang belakang, meski kebahnya badan mama menahan suntikkan untuk mematangkan paru-paru Hanan.. Mama redha, kerana itu nikmat. Nikmat yang tak terhingga yang telah Allah hadiahkan untuk mama.

Usai pembedahan, mama disarankan mengambil suntikkan untuk mengelak dari darah beku. Suntikkan itu, mama lakukan sendiri. Abah sendiri pun tak sanggup melihat mama menyuntik perut mama, namun..kerana nikmat itu, mama telan segala kepahitan. Yang mama rasa, cuma kemanisan. Entah bagaimana mama dapat kekuatan dan keberanian seperti itu, wallahualam. Allah itu Maha Mengasihi. Kasih-Nya pada mama, pada Hanan, pada abah dan pada ahli keluarga kita yang lain menyebabkan mama benar-benar redha..

Menjaga Hanan tanpa orang tua, tanpa pengalaman yang khusus..banyak membuatkan mama dan abah hidup berdikari. Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik sekali. Pertama kali menjaga Hanan demam keran hendak tumbuh gigi atas, meyebabkan badan Hanan turun mendadak beratnya. Hanan muntah bila menyusu, Hanan merengek dan merasa tidak selesa. Mama dan abah bergilir-gilir menjaga Hanan dimalam hari. Keluar masuk klinik, entah sudah berberapa kali. Alhamdulillah, mama dan abah dapat tempuhi dugaan itu dengan redha. Abah salu bisik ditelinga mama bila mama cakap, mama tak kuat berhadapan dengan Hanan sakit. Gantikan demam Hanan dengan mama. Biar mama yang demam, biar mama yang rasa semua yang Hanan Rasa, namun, kata abah.. " Lepas hujan, pasti pelangi tiba. Lepas kesulitan, pasti ada kemudahanya. Sabarlah, ini bahagian Hanan, dan juga bahagian kita. Allah sentiasa bersama kita".. Mama kuat bila abah ada untuk mama. Syukur alhamdulillah..syukur sangat-sangat, Hanan demam tak lama.

Menjaga Hanan adalah suatu perkara yang indah sekali bagi kami. Hanan mengerti akan situasi kami. Hanan tak pernah buat perangai. Syukur sangat-sangat. Semoga hingga ke besar, Hanan akan menjadi seorang laki-laki yang behave selalu. Terima Kasih, sayang..

Dan, syukur tidak terhingga kepada keluarga angkat Hanan, mama Ani dan Pak ajis serta anak-anaknya kerana telah membantu mama dalam membesarkan Hanan. Jasa dan budi baik keluarga mama Ani sukar untuk dibalas dengan apa-pun. Hanya Allah yang mampu membalasnya. 

Menjelang sambutan hari lahir Hanan, mereka telah membuat persiapan majlis dengan begitu lancar sekali. Di rumah mereka. mAsyaAllah, sambutan daripada sanak-saudara mama Ani dan komuniti yang berada disitu cukup baik. Semuanya kenal akan Hanan. Famous betul lelaki kecil mama ini dalam komuniti itu.Terima kasih dan syukur alhamdulillah, mama Ani, Pak Ajis...kerana sanggup berkorban untuk Hanan.

Hanan sayang,
Selalulah jaga tingkah laku.
Semoga menjadi anak yang lembut hatinya apabila menerima kekerasan dan berhadapan dengan kekerasan,
Semoga menjadi seorang anak yang soleh, sering mendampingi dan didampingi oleh orang-orang yang soleh dan alim ulama',
Semoga menjadi anak yang berguna kepada ibubapa, keluarga, agama, masyarakat, bangsa dan negara,
Semoga menjadi anak yang menjunjung tinggi sunnah Rasulullah SAW, mencintai Allah dan Rasulullah lebih dari segalanya, mencintai ahlul bait, beramal dengan akhlak Quran karim,
Semoga terhindar dari fitnah dunia dan fitnah dajjal,
Semoga berjaya di dunia wa akhirah..
Semoga sentiasa disayangi dan disenangi oleh penduduk langit dan bumi..

Sekalian kali,
SANAH HELWAH, mujahid kecil Mama dan Abah..
MUHAMMAD RAZIQ HANAN..




With Love,
Mama

0 ulasan: