RSS

Monday 30 November 2015

Ulangtahun Perkahwinan yang Ke 3 Tahun (30.11.2105)

Bismillahirahmanirahim,
Assalammualaikum..

Displaying IMG-20150720-WA0004.jpg
Displaying IMG-20150720-WA0004.jpg
Displaying IMG-20150720-WA0004.jpg
Displaying IMG-20150720-WA0004.jpg
Alhamdulillahi rabbil al amin...syukur alhamdulillah untuk nikmat nafas yg dipinjamkan selama 3 tahun menjadi suri, permaisuri, puteri, adinda, mama, kawan & bidadari kepada suami tersayang, Muhammad Azlan. Syukur alhamdulillah...

3 tahun, mungkin masih masa yang singkat untuk usia perkahwinan. Bagi kami, dalam usia setahun jagung seperti itu, telah byk mengajar kami erti perit perih yang telah dikongsi bersama. Suka duka yang banyak mengajar kami untuk hidup berdikari. Alhamdulillah, semua dilalui dengan tabah dan redha.

Aku anak ke 7 drpd 8 adik beradik. Aku yang paling akhir mendirikan rumah tangga, makanya, aku lah yang paling manja dengan mak & apak. Manjaku terhadap mereka mengalahkan adik bongsu. Segala2, aku dahului mereka dlm setiap perkara. Bergantung sepenuhnya kepada mereka. Soal hidup bdikari sendiri, aku memamg dh biasa, cuma..kebergantungan aku pada mak & apak masih kuat. Sampaikan, bila aku balik bcuti di kpg semasa usia remajaku, mak & apak cukup2 memanjakan aku.

Suamiku pula, anak ke 2 drpd 3 beradik. Semuanya teruna. Namun, Along sudah 'pergi' dahulu seusia 26 tahun. Allah lebih sayangkan Along. Biasalah, kalau sudah tiada adik beradik perempuan, manja & kebergantungan dia dengan mak & apak pun apa kurangnya. Sukar untuk berdikari sendiri. Lebih2 dalam urusan menguruskan diri kerana dari kecil, mak telah menguruskan dia. Hubungan mak & apak dengan anak2nya sangat2 rapat. Aku faham itu.

Justeru, bila dah kahwin..aku & suami berpakat nak hidup berdikari tanpa bergantung kepada org tua. Alhamdulillah, Allah dgr doa kami. Setahun usia perkahwinan, kami berhijrah ke bandar Kuching. Dengan ekonomi yang belum kukuh. Suami belum dapat kerja yang tetap, & aku pula masa itu menderita ectopic pregnency. Permulaan hidup yang baru, kami mulakan dengam tidur hanya beralas kotak di rumah sewa yang masih kosong.kerana masa itu, aku baru sahaja keluar wad. Sakitnya badan masa itu, dengan keadaan ubat bius yang makin hilang..hanya Allah sahaja yang tahu. Syukur alhamdulillah, masa itu, mak kpd kawan suami, sudi memberikan berberpa perkakas dapur untuk kami. Dan, syukur alhamdulillah juga, mak2 dan apak2 kami menolong kami. Allah tahu keupayaan hambanya setakat mana. Allahuakhbar!. Kisah permulaan hidup kami ini, akan diabadikan dalam kamus kehidupan.

Genap 2 tahun berkahwin, kehidupan kami diserikan dengan kehadiran dan kelahiran mujahid kecil kami, Muhammad Raziq Hanan. Kehadirannya suatu anugerah yang tak terbilang harganya..MasyaAllah. Dia sumber dan asbab kekuatan, kesabaran dan keberanian kami dalam melayari bajtera rumah tangga yang kadang kala dilanda taufan. Dia juga pengukuh kasih sayang kami. Ya Allah, banyaknya nikmat yang telah kau berikan kepada kami..namun, kami yang sombong enggan bersyukur..

30/11/2015...
Genap 3 tahun usia perkahwinan kami. Hanan juga sudah berusia 1 tahun. Dan, kami..insyaAllah...akan berpindah rumah sewa lagi. Berhijrah lagi...semoga hijrah kali ini membawa 1001 rahmat dalam rumah tangga kami. Bergaduh itu asam garam dalam rumah tangga. Dan, kami sudah bersedia untuk menempuhi liku2 kehidupan yang bakal berlaku. Semoga, hati kami lebih kental.
Semoga hati kami lebih sabar.
Semoga hati kami lebih redha.
Semoga iman kami juga semakin tebal.
Semoga pintu taufiq dan hidayah sentiasa ada untuk kami..
Ya Rabb, jgnlah Kau hitamkan hati kami setelah Kau berikan kami petunjuk.

Buat suami tersayang,
Terkadang, aku beremosi dalam tindakkan. Sehinggakan kau berjauh hati. Namun, kau tetap sabar melayan emosiku. Kau tetap berdiri kukuh meski kadang2 aku yang lancang dalam bicara.
Terkadang, aku terlalu memaksa kau untuk tinggalkan sesuatu..berbuat sesuatu..maafkan aku, kerana aku lupa akan kehendak mu sendiri kerana lebih mementingkan akan kehendakku. Namun, kau turuti meski terkadang, kau terpaksa sembunyikannya dariku. Ini kerana, kau enggam menyakiti hatiku. Kau enggan lukakan hatiku.
Terkadang, aku bersifat keanakkan. Tapi, kau tetap redha melayanku. Buruk baik aku..hanya kau yang tahu & buruk baik kau, hanya aku yg tahu..juga, hanya Allah yang tahu.

Terima kasih suami..untuk cinta kasih sayang dan perhatian yg xberbahagi..
Terima kasih kerani mnjadi, apak, abang, kakak, adik, baby, kawan untukku..
Terima kasih untuk semangat, didikan dorongan dan segalanya yang kau dh lakukam padaku selama ini.
Aku ingin bersamamu di syurga sana. Aku ingim menjadi ketua bidadari untukmu. Didiklah aku dgn ilmu agama yg cukup. 
Wujudkan majlis ta'alim dirumah agar bersinar cahaya rumah tangga kita dengan anak-anak yg soleh & solehah.
Tegurlah dan ajarlah aku kiranya aku melanggar perintah agama..

Namun, suamiku...
Tempatkan Allah, Muhammad, ibu bapamu dan barulah aku di hatimu.. Utamakanlah yg lebih utama..
Semoga mendapat rumah tangga yang sakinah mawaddah wa rahmah..insyaAllah..
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 3 tahun, abang..maafkan salah silap syg selama ini..


Yang semakin cinta,
Isterimu...

0 ulasan: