RSS

Thursday 10 December 2015

"Penat Itu Nikmat"


Bismillahirahmanirahim,
Assalammualaikum..

Kagum dengan sifat yang Allah berikan kepada wanita. Dia boleh buat semu kerja dalam satu masa. Dia boleh layan semua ahli keluarga dalam satu masa. Bahagiakan hati setiap ahli keluarga dalam satu masa. Dia buat semuanya kerana cinta dan sayangkan amanah yang Allah beri pada mereka. Ya ALLAH...

Seorang wanita bangun pagi kejutkan semua ahli keluarga setiap hari untuk solat dan persiapan untuk kerja dan sekolah. Siapkan pakaian dan kasut suami dan anak-anak. Sambil tu boleh siapkan sarapan. Sambil tu sibuk kemas rumah. Basuh baju. Basuh tandas. Basuh rumah. Basuh kenderaan . Basuh kasut anak-anak. Jemur, angkat , lipat, kemas, susun, gosokkan dan gantung. Pilihkan pakaian mana yang sesuai buat suami dan ahli keluarga. Menyiapkan menyambut anak-anak hari raya. Siapkan semuanya. Tidak dihargai tapi bila ianya sudah tiada baru kita tahu nilai seorang wanita. Ia buat kita rindu dan rasa nilai sebuah rumah. Atau nilai sebuah hari raya....nilai sebuah pelukan. Nilai sebuah ciuman merteka. Nilai kehidupan ini..

Mandikan anak-anak  masa kecil setiap hari. Melayan anak-anak. Menyiapkan makanan dan minuman setiap anak-anak..sedangkan waktu malam tak dapat tidur sangat.Kerana anak ada yang menangis. Ada yang mengigau. Ada yang nak bermanja. Ada yang bertanya. Ada yang minta tolong. Ada yang nak cerita masalah. Suami perlukan teman. Seorang wanita berlari sana sini tanpa rehat mengembirakan semua ahli keluarga. Mereka berdoa setiap hari agar dipanjangkan umur setiap hari agar dapat menyempurnakan tugasnya. Tanpa gaji dan tanpa habuan tanpa penghargaan mereka lakukan. Kerana cinta yang suci didalam hatinya..

Dialah yang tidak tidur dan sakit bila anak-anak sakit atau ada masalah. Dia berpuasa. Dia berdoa menangis. Dia paling risau. Anak nak periksa. Dia tak tidur dan baca buku. Suami sedih, dia cari jalan membantu dan menenangkan suami. Anak sakit dia jaga di Hospital. Anak ada masalah dia juga penyelesaiannya. Dia menjadi segalanya. Jika suami kurang duit. Dia bekerja membantu. Suami berniga dia berlari membantu. Suami jalan jauh, dia teman. Dia bersedia bila-bila masa demi suami dan anak-anak. Itulah kekuatan wanita. Mereka selalunya setia dan mendahulukan suami dan anak-anak.

Itulah seorang ibu dan isteri. Kehilanggannya ialah antara kesedihan terbesar dalam hidup ini. Memililinya ialah antara nikmat terbesar dalam hidup ini. Merteka hanya gembira bila keluarga gembira. Mereka korbankan semuanya. Sehingga kadang-kadang mereka pergi dari dunia ini tanpa memenuhi keinginan mereka. Mereka gembira hanya melihat kejayaan anak-anak. Syurgalah buat mereka. Mereka kembali menjadi permaisuri didalam syurga berkat kesabaran mereka.

Orang yang tidak mengjhargai wanita dalam hidup hidupnya sebenarnya dia telah hilang hati dan perasaaan. Dia hilang nikmat dunia ini. Cuba lihat wanita di sisimu dan berdoalah dan sujud syukur itulah seolah-olah bidadari syurga buatmu di dunia ini. Itulah nikmat syurga yang dirasai di dunia ini.

By Ust Ebit Lew


****************************

Mengalir airmata bila benar-benar hadam akan kenyataan ini.Tilik dan muhasabah diri sendiri. Sejauhmana aku berfungsi sebagai seorang wanita di dunia ini. Isteri dan ibu..tak semua wanita mendapat maqam mulia itu. 

Ada orang cuma jadi ibu..
Ada orang cuma jadi isteri sahaja..
Malah ada yang semata-mata jadi wanita sahaja.
Dan, amatlah besar ganjaran bagi seorang wanita yang tahu akan kedudukkannya.
Yang kedudukkannya yang sebenarnya bukan diukur dengan apa-apa yang ada di dunia.
Ada yang bila dah buat semua minta dibalas dengan emas, dengan perhatian..
Ya Allah..mudahan JANGAN. JANGAN duhai diri yang hina!
Kita lupa walaupun bahawa apapun di dunia ini, tak dapat disamakan dengan kedudukan kita yang Allah telah muliakan.
Yakni, lebih dari emas...lebih dari perhatian..

Berkata ustaz Mukhlis :
"Bila kita ada hak untuk dibalas, usahakan tahan diri kita dari tuntut hak itu. Sebagai jalan kita didik hati bahawa kita hanya inginkan pada Allah, bukan pada hak kita"

Perkara itu memang susah untuk dilakukan. Namun, usahalah dengan meminta daripada Allah. Minta..minta..minta...hanya pada Allah. Bukan selain-Nya. Allah..Allah...Allah..

Semenjak kian dewasa ini, aku selalu berpesan pada diri sendiri..
"Jangan mengeluh"
"Bekerja, belajar..itu pilihan. Dan pilihan mu adalah untuk membantu keluargamu. Membantu suami."
"Meski besar kecenderungan dalam risiko mu dalam ehwal  ikhtilat, mohon dijagakan hati khususan pada Yang Khalik, dan suamimu,."
"Semoga sentiasa diberkati Allah selalu"

PENAT ITU NIKMAT

"Buat wanita hebat dalam hidupku,
 khususnya Mak. Hanya Allah yang mampu balas jasa dan pengorbanan mak padaku. Ampunkan aku atas kekurangan perhatianku terhadapmu semenjak menjadi isteri. Ampunkan dosaku dari aku kecil hinggalah dewasa ini. Terima kasih mak kerana mendidik aku dengan cukup sempurna sehingga aku menjadi wanita yang tabah dan cekal hingga kini. Terima Kasih mak, atas segalanya yang tak mampu aku sebutkan satu persatu. Semoga bertemu disyurga nanti.
Buat mak mentua, terima kasih kerana sudi menerima kekurangan dan kehinaan diri ini dalam keluargamu. Terima kasih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam lebih memahami kemahuan, kehendak, keperluan dan sikap anakmu yakni suamiku. Terima kasih kerana menjadi wanita hebat buat suamiku. ampunkan kedegilan dan kebiadaban aku. Ampunkan kekurangan perhatianku padamu selama ini.

Semoga Allah Taala sentiasa mengurnikan kesihatan yang baik buat emak. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati emak. Aku mungkin tidak menunjukkan sayang, kasih dan cintaku pada emak melului perbuatan ku..namun, emak..sentiasa dalam doaku saban waktu. Aku sayangkan emak!"

sekian.
Wassalam..

0 ulasan: