RSS

Monday 1 February 2016

Hanan Pandai Apa??


Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum..

Daripada cuma pandai terbaring, Hanan belajar senyum, kemudian ketawa, lalu berbual-bual dalam bahasa bayinya..dia belajar meniarap. Belajar merangkak. Genap 13 bulan, anak ku pandai berjalan dengan lancar. Allahu rabbi...nikmat mana yang harus ku dustakan lagi apabila melihat anak membesar dihadapan mata?

Hanan mula pandai tepuk,tepuk tangan, melambai-lambai, tiru aksi muazzin yang letak tangan ditelinga pun dah pandai sambil mulutnya menyebut "waaaabaaaaaa" Aku faham. itu bahasa dia.."Allahuakhbar". Dia juga selalu ikut aksi flying kiss. Dia belajar untuk bersalaman. MasyaAllah..cepat sungguh masa berlalu. Hanan sedang membesar. Dan,itu merupakan satu tugasan yang berat bagi kami selaku ibubapa. Peranan yang bagaimana harus kami tunjukkan, dan ajarkan pada Hanan. 

Masuk 15bulan umur Hanan. Dia semakin aktif. Panjat memanjat usah dikatakan lagi. Arif sungguh. Aku hanya mampu melihat dan membimbingnya. Justeru memantau perilakunya. Aku tahu, dia tengah mengalami perkembangan otak dan melalui proses tumbesaran. Hanan juga selalu selerakkan rumah. Mainan dalam bakul, dikeluarkan. Baju dalam almari dikeluarkan kemudian diselerakkan. Pinggan mangkuk dirak selalu diselerakkan. Macam biasa, aku cuma membiarkan. Biarkan. saraf motor dia tengah tekun bekerja. Dia tengah melalui frasa ingin tahu. Di masa yang sama, aku bimbing dan pantau aktiviti dia. Setelah dia puas, aku cuba tunjukkan pada dia bagaimana hendak mengemaskannya semula. Mungkin terlalu awal minda dia untuk mengadaptasi penerimaan arahan, tapi aku tahu dia sedang memerhati. Aku suruh dia pegang mainannya dan dia letakkan dalam bakul. Aku bersorak gembira. 

"Hanan pandai!!" sambil tepuk tangan. Hanan turut genmbira dan mula bertepuk tangan.

Petang-petang, masa ambil Hanan daripada rumah Kak Ani, aku biasakan dia dengan berjalan kaki. Untuk melatih otot-ototnya lebih kuat. Bila dia tengok langit, aku cakap..

"Langit!" Bila burung terbang, aku cakap
"Burung!" sambil tunjuk kearah burung. Bila tengok bunga, aku cakap
"Bunga" sambil benarkan dia sentuh bunga tersebut. Bila nampak rumput, aku cakap
"Rumput"
"Daun"
"Kereta"
"Motosikal"

...dan banyak lagi objek-objek mahupun alam semulajadi yang harus ditunjukkan kepadanya. Dia memang sungguh-sungguh memerhati. Kadang-kadang dia bersorak gembira apabila melihat sesuatu itu bergerak. Allah..Allah..Allah...

Apa sahaja...apa sahaja yang dapat tertangkap oleh kornea matanya, aku cuba untuk jelaskan. Mungkin, diusia itu belum tahu dan mengerti, namun aku cuba juga untuk jelaskan. Usai semua sesi pembelajran dan pemerhatian, aku bawa dia masuk ke dalam rumah dan ucap,.

"Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar"

Tak lupa juga doakan untuk dia,
"Allah humma Faqihna hu fideen wa a'limna takweel" lalu hembus pada ubun-ubunnya.

Aku memang tak ada lansung pengalaman mendidik anak,. Tapi, aku cuba. Aku cuba untuk didik Hanan dengan sebaik yang mungkin.

Semoga Hanan membesar menjadi anak yang soleh..Amin Allah Humma Amin...

Sekian.

0 ulasan: