RSS

Tuesday 6 December 2016

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan (4Tahun)

HAPPY ANNIVERSARY 4TH YEAR!

Alhamdulillah..
Setelah banyak melalui liku2 dalam berumah tangga, masam manis, pahit maong, tangis tawa, gurau senda, marah rajuk, sayang benci, cinta rindu..akhirnya tak terasa hubungan ini sudah sampai 4 tahun.

Alhamdulillah ala kulli hal
Alhamdulillah ala kulli nikmah

Smg Allah kurniakan hidup rukun,
Keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga kami.

Semoga dikentalkan hati, dikuatkan jiwa dan diberikan kesabaran utk kami melalui liku2 hidup yg mendatang.

Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apatah lagi kami, manusia yg hina dan hamba yang kerdil. Tersasar dari landasan, terjerumus dalam kehinaan seakan lumrah. Namun, bila difahamkan  itulah kasih sayang yang sebenarnya. Penguat cinta, pengikat kasih agar masing-masing melalui proses pembelajaran dalam lebih memahami hati budi, memahami isi hati dan redha akan ketentuan Tuhan.

Meminta maaf, menurunkan ego dan saling memujuk kunci pada sebuah perhubungan untuk kekal bertahan. Jangan dituruti hati, kelak binasi diri. Andai sayang, kenapa harus dihilang? Andai cinta, kenapa harus berdusta? Kuncinya ada pada didikan agama. Agama mengajar erti ilmu. Ilmu bermakna amal. Ilmu tanpa amal, tiadalah guna ibarat pokok tanpa buah. Justeru, andai cinta kerana Allah, kekallah setia kerana Allah. Teruskan taat kerana Allah. Andai imbalannya bukan di dunia, di akhirat sana ianya ada. Allah Maha Tahu, maka, kuatkanlah hati. Bukan saja pada hati, malah jua pada minda agar tidak rapuh sentiasa!

Syukur alhamdulillah!

Aku sayangkan abang.
Terima kasih atas pengalaman hidup yg sungguh bernilai ini. Ianya byk mendidik ku menjadi seorang wanita kepada isteri dan ibu. Ampunkan aku diatas keterlanjuran lidahku saat amukan marahku, ampunkan diriku saat rajukku yg melampau. Kau sungguh penyabar, abang. Kau sungguh penyabar! Tidak pernah engkau memprotes atas tindak tandukku. Ampunkan aku!

Semoga Allah merahmatimu
Membukakan pintu hatimu
Menganugerahkan taufiq dan hidayah buatmu
Bertambah taat dan taqwamu pada Allah
Bertambah kasih dan rindumu pada Rasulullah
Bertambah taat dan tanggungjawabmu pada ibu bapamu
Bertambah cinta dan amanah pada isterimu
Dan, bertambah segala kasih mu pada anakmu.

Semoga engkau menjadi anak, suami dan abah yang soleh buat kedua ibu bapamu, isterimu dan anakmu.

Aku sayangkan abang!
LILLAHITAALA..

0 ulasan: